Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Ini bukan ugutan tetapi kenyataan buat UMNO/BN.

Dikalangan pemimpin UMNO/BN beranggapan suara majority senyap sebagai satu ugutan, jawapannya tanggapan mereka sama sekali SALAH! Ini bukan ugutan tetapi hakikat yang bakal berlaku sekiranya UMNO/BN masih tidak mendengar denyut nadi kelompok ini.

Ada juga pemimpin UMNO/BN menyatakan harus mencari satu mekanism baru untuk mendengar isi hati kelompok majority senyap. Cuba sedih bila pemimpin UMNO/BN sendiri secara tidak langsung mengakui kerajaan masih lagi tidak mampu mendengar suara majority senyap.

Bila ditegur mereka menganggap ianya sebagai satu ugutan. Bagaimana ianya boleh menjadi ugutan sekiranya kerajaan benar-benar mendengar denyut nadi rakyat majority? Tidak masuk akal langsung jika ada pemimpin UMNO/BN beranggapan sebegitu.

Persoalan asas yang tidak pernah diambil berat langsung, pada pemimpin UMNO/BN mereka lebih suka mengunakan pendekatan populist dan dalam masa yang sama tidak akui ianya populist. Zaman ini rakyat makin bijak, kerajaan boleh beri apa sekalipun namun bila tiba waktu membuang undi ianya tidak memberi maksud apa-apa.

Ini terjadi bilamana kerajaan tidak langsung mendengar suara majority senyap dan hanya mementingkan popularity. Contoh paling terang adalah pembentangan Bajet 2012 yang cukup jelas bajet gula-gula pilihanraya. Dimanakah kredibility kerajaan BN yang cukup gah dengan slogan ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan’?

Cukuplah kerajaan merendah-rendahkan rakyat. Selesaikan dahulu masalah rakyat yang cukup ktitikal sekarang ini. Masalah standard kehidupan yang tinggi dan melebihi kemampuan rakyat majority. Tidak perlulah kerajaan UMNO/BN memberi gula-gula nampak sangat ianya memperbodohkan rakyat.

Isu PPSMI juga tidak dapat ditangani dengan baik, tidak termasuk isu MAS-AA dan isu bread and butter rakyat yang tidak diberi perhatian secukupnya.

Berilah sedikit masa untuk mendengar keluhan rakyat majority jika masih lagi mahu memerintah negara ini. Ini bukan ugutan tetapi hakikat yang bakal berlaku…

No Responses to “Ini bukan ugutan tetapi kenyataan buat UMNO/BN.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s