Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Bila UMNO menyindir PERKASA.

Baru-baru ini berlangsungnya Perhimpunan Agung tahunan PERKASA dan dalam perhimpunan itu PERKASA sebulat suara melantik Dato’ Zulkifli Noordin sebagai Naib President pertubuhan Melayu itu.

Umum tahu bahawa PERKASA bukanlah saingan bagi UMNO tetapi ianya lebih kepada memperjuangkan hak bangsa Melayu dan agama ISLAM. Ini berlaku bilamana UMNO dilihat tidak lagi memperjuangkan hak bangsa dan agama. PERKASA adalah NGO Melayu yang akan memperjuangkan hak bangsa dan agama tanpa merampas hak bangsa lain.

Ketika ini PERKASA dilihat sebagai ultra Melayu dan rasis. Ada juga dikalangan pemimpin UMNO mengeluarkan kenyataan jika PERKASA berceramah diatas satu pentas bersama UMNO maka UMNO akan kehilangan undi bangsa lain. Agak dangkal kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin UMNO ini. Beliau agaknya lupa bahawa bangsa lain juga mempunyai NGO yang memperjuangkan hak mereka sendiri. Tidak adil sekiranya melabelkan PERKASA sebagai badan atau kelompok yang boleh menghilangkan undi bangsa lain terhadap BN.

Sebenarnya bukan parti lawan yang melabelkan PERKASA sebagai rasis atau ultra Melayu sebaliknya parti-parti didalam BN sendiri yang membuka ruang pihak lain menghentam PERKASA. Kita dapat bertemu pelbagai lapisan rakyat Melayu didalam PERKASA. Ada diantaranya datang dari parti-parti politik lain baik BN mahupun PR. Ada yang datang dari UMNO, ada yang menyokong PAS dan ada juga penyokong PKR namun kerana mereka Melayu mereka berada didalam PERKASA.

Jika bangsa Cina tanpa mengira latar belakang politik boleh duduk dan berbincang dalam NGO-NGO Cina mengapa tidak bangsa Melayu? Mengapa harus UMNO menjauhkan diri dari PERKASA? Jika UMNO sendiri sudah gagal dalam memperjuangkan hak Melayu dan agama ISLAM tidak ada salahnya PERKASA mengutip sisa-sisa perjuangan bangsa dan agama agar tidak diketepikan sama sekali.

UMNO harus menerima hakikat bahawa PERKASA boleh menjadi kelompok penentu dalam politik Malaysia jadi janganlah angkuh dan bongkak terhadap PERKASA.

Jangan bila BN dan UMNO sudah menjadi pembangkang barulah UMNO cuba mendekati PERKASA sekiranya ketika itu sudah terlambat.

Tiada salahnya UMNO mendengar suara PERKASA dan pastikan hak bangsa Melayu dan agama ISLAM terus terjamin.

Posted with WordPress for BlackBerry.

One Response to “Bila UMNO menyindir PERKASA.”

  1. Bangsa lain akan turut menilai begini – sedangkan bangsa melayu pun UMNO tidak dapat bela, sementelahan lagi mahu bela bangsa lain. Jadi UMNO, belalah bangsa sendiri dulu, sebelum anda membela bangsa lain.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s