Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Sokongan Masyarakat India Terhadap BN Semakin Meningkat: Muhyiddin

Sokongan masyarakat India terhadap kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) semakin meningkat dan mereka boleh mengharapkan masa depan yang lebih gemilang, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata masyarakat India telah bersama-sama dengan kerajaan BN sejak dulu kerana parti itu sahaja yang boleh memenuhi hajat dan keperluan mereka.

“Sokongan masyarakat India dan lain-lain terhadap BN semakin meningkat menyebabkan pihak pembangkang takut, lebih-lebih lagi apabila Perdana Menteri membentangkan Bajet 2012 termasuk menambah peruntukan untuk sekolah-sekolah Tamil,” katanya ketika berucap pada majlis Rumah Terbuka Deepavali 1Malaysia peringkat negeri Perak di Little India di sini malam tadi.

Timbalan Perdana Menteri berkata sejak pilihan raya umum 2008, memang diketahui bahawa tiada satu parti pun di negara ini yang boleh membela nasib masyarakat India kecuali BN.

Katanya semua aspek berkaitan masyarakat India diambil perhatiann serius oleh kerajaan BN merangkumi perniagaan, dana, bantuan kuil dan pendidikan Tamil melalui jawatankuasa Kabinet.

Beliau turut mengumumkan peruntukan RM2.5 juta bagi pembinaan sebuah sekolah Tamil di Gunung Rapat di sini serta sejumlah peruntukan untuk mengindahkan lagi kawasan Little India.

Muhyiddin serta tetamu jemputan kemudiannya bersama-sama hampir 5,000 hadirin terutama masyarakat India menjamu selera dan dihiburkan persembahan nyanyian dan kebudayaan sempena sambutan Deepavali.

Beliau dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman kemudian berlepas pulang ke ibu negara malam ini dari Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah di sini.

No Responses to “Sokongan Masyarakat India Terhadap BN Semakin Meningkat: Muhyiddin”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s