Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Ahli Perkasa Penentu Kemenangan Calon PRU Ke-13 – Ibrahim Ali

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yakin mereka berupaya memainkan peranan besar dalam menentukan kemenangan mana-mana calon dan parti pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 akan datang berikutan keahliannya yang semakin bertambah di setiap negeri.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, beliau tidak akan teragak-agak untuk meminta ahli Perkasa supaya tidak mengundi mana-mana calon yang didapati menghina Islam dan menguris hati orang Melayu.

“Walaupun kami bukan parti politik, kami mempunyai hampir 300,000 ahli di seluruh negara.

“Kami akan mengerahkan semua ahli supaya tidak mengundi mana-mana calon yang menghina Islam. Kami tidak akan berkompromi dalam hal ini,” katanya pada sidang media selepas merasmikan persidangan Agung Tahunan Kedua Perkasa di sini, Rabu.

Menurut beliau, ahli Perkasa telah memberi impak besar terhadap calon yang mencatat kemenangan tipis pada PRU 2008.

“Kami mempunyai 500 hingga 600 ahli di setiap daerah. Jika mereka tidak mengundi, ia mungkin mengubah lanskap politik di negara ini,” ujarnya.

Sementara itu, beliau turut menyangkal dakwaan bahawa Perkasa bersifat perkauman, sebaliknya menegaskan perjuangannya adalah selaras dengan falsafah rukun negara dan menepati konsep 1Malaysia.

“Ada segelintir pihak mendakwa kami organisasi Melayu ultra tetapi kami adalah pemangkin perpaduan semua bangsa di Malaysia,” katanya.

Turut hadir Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Zulkifli Nordin dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah.

Kira-kira 7,00 ahli Perkasa termasuk tetamu hadir pada persidangan itu.

No Responses to “Ahli Perkasa Penentu Kemenangan Calon PRU Ke-13 – Ibrahim Ali”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s