Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Pencerobohan keatas Libya satu tindakan terdesak Amerika.

Lybia menjadi mangsa terbaru kepada keganasan Amerika Syarikat keatas negara-negara Islam yang kaya dengan hasil minyak. Dalam tahun 2007 pihak CIA telah mengeluarkan satu plan strategik yang melibatkan negara-negara ditimur tengah.

Didalam plan strategik itu telah menyatakan Amerika akan masuk atau memusnahkan 7 negara dalam masa 5 tahun. Negara-negara yang terlibat adalah Iraq, Lybia, Sudan, Tunisia, Syria, Mesir dan akhir sekali Iran.

Kini Amerika kian terdesak dengan masalah ekonomi mereka yang kian merudum harus mencari jalan untuk meraih keuntungan melalui penaklukan keatas negara-negara arab yang kaya dengan hasil minyak.

Mereka sudah mendapatkan Iraq dan yang terbaru ialah Lybia. Kita harus memahami bahawa Amerika kian goyah bilamana Kol. Muammar Gaddafi telah berusaha untuk keluar dari sistem perbankan atau perdagangan mengunakan Dollar dan digantikan dengan Dinar Emas. Pada tahun 2002 hanya 2 pemimpin dunia yang berusaha untuk menjadikan Dinar Emas sebagai satu kenyataan, mereka adalah Tun Dr Mahathir Mohamad (mantan Perdana Menteri Malaysia) dan Kol. Muammar Gaddafi (pemimpin Lybia).

Usaha mereka ini mendapat sokongan dari sebahagian dari negara-negara OIC seperti Syria, Tunisia, Yemen, UAE dan Indonesia. Bayangkan jika Dinar Emas ini menjadi kenyataan Amerika Syarikat bakal menjadi satu negara yang miskin dan menanggung hutang yang besar kepada hampir seluruh negara ISLAM. Dan inilah yang amat ditakuti oleh Amerika Syarikat.

Menurut IMF, Lybia mempunyai rezab emas sebanyak 144 ton dalam simpanan Bank Pusat Lybia. Ekonomi Lybia amat kukuh walaupun disekat oleh UN. Asset Lybia yang dibekukan oleh Amerika sebanyak USD 3billion membuktikan bahawa Lybia adalah sebuah negara yang kaya dan mampu mengebangkan ekonomi mereka tanpa terikat pada sistem perdagangan Amerika Syarikat.

Melihat keadaan ini Amerika bersama sekutu mereka didalam NATO membuat keputusan untuk menyerang Lybia dan cuba untuk menjatuhkan Kol. Muammar Gaddafi. Mereka mempergunakan rakyat Lybia sendiri untuk membuat kacau-bilau. Meletakan seorang bekas komander tentera Muammar Gaddafi yang berpaling tadah dan tinggal di Virginia Amerika Syarikat sebagai komander penentang Gaddafi.

Terdapat pelbagai bukti penglibatan pihak CIA dan MI6 dalam operasi di Lybia ini. Dengan menggunakan media barat seperti Reuters dan Al Jazeera mereka menyiarkan proganda tentang kezaliman Gaddafi terhadap rakyatnya sendiri. Pihak Russia telah mengesahkan tiada satu pun serangan udara dari angkatan udara Gaddafi yang mengebom rakyat Lybia yang ada hanyalah jet-jet pejuang NATO yang mengugurkan dan meletupkan kawasan-kawasan awam yang melibatkan ratusan rakyat Lybia kehilangan tempat tinggal.

Pihak pemberontak yang disokong oleh NATO telah bertindak zalim terhadap rakyat Lybia dengan menceroboh dan menghalau penduduk-penduduk disekitar bandar yang mereka telah tawan. Kezaliman pihak pemberontak langsung tidak disiarkan oleh media barat yang dibawah kawalan Amerika dan sekutunya didalam NATO. Inilah yang sepatutnya seluruh penduduk dunia mengetahui.

Kezaliman Amerika Syarikat terhadap umat ISLAM akan berterusan sehingga mereka dapat merompak seluruh hasil dari negara-negara ini. Obama bukanlah seorang presiden yang mempunyai kelainan dari mana-mana presiden Amerika Syarikat sebelum ini malahan Obama dilihat sebagai satu presiden typikal dari Amerika Syarikat yang mengikut telunjuk Yahudi.

Ini adalah hakikat dan tidak dapat untuk kita nafikan lagi…..

Posted with WordPress for BlackBerry.

No Responses to “Pencerobohan keatas Libya satu tindakan terdesak Amerika.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s