Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Gantung Khidmat Aziz Bari: Bukan Hukuman Tetapi Tempoh Beri Surat Tunjuk Sebab

Penggantungan khidmat Pensyarah Undang-Undang Universiti IslamAntarabangsa (UIA), Prof Dr Abdul Aziz Bari bukan sebagai satu hukuman namun sebaliknya sekadar tempoh untuk beliau memberi tunjuk sebab berhubung kenyataannya mengenai titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah baru-baru ini.

Rektor UIA, Prof Datuk Dr Zaleha Kamaruddin berkata, penggantungan khidmat Abdul Aziz selama tujuh hari berkuat kuasa pada 19 sehingga 25 Oktober ini adalah penggantungan bergaji penuh.

“Kami membuat penggantungan itu dengan alasan untuk melicin dan mempercepatkan siasatan tanpa sebarang gangguan untuk mendapatkan penjelasan daripada beliau berhubung kenyataan yang dikeluarkan itu,”katanya pada sidang media di UIA di sini, Jumaat.

Abdul Aziz dipetik dalam portal Malaysiakini baru-baru ini sebagai berkata bahawa tindakan Sultan Selangor campur tangan berhubung isu siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) itu bukan sesuatu yang lazim dan menyifatkannyasebagai tidak konsisten.

No Responses to “Gantung Khidmat Aziz Bari: Bukan Hukuman Tetapi Tempoh Beri Surat Tunjuk Sebab”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s