Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Pergolakan dikalangan UMNO makin menjadi-jadi….

PRU makin hampir tetapi pergolakan antara penyokong, ahli dan pemimpin UMNO makin menjadi-jadi. Masing-masing ingin mencari mileage demi diri sendiri.

Agak parah bila pasukan yang diharapkan berjuang bersama-sama kini berbalah saling tuduh menuduh antara satu sama lain. Masalah yang sepatutnya diketengahkan tidak dipeduli sebaliknya mencari masalah yang baru. Aku setuju kalau kita lebih vokal dalam memperjuangkan sesuatu isu tetapi bukanlah vokal dalam berbalah antara kita.

Ini masalah yang kian menjadi-jadi dikalangan kita dalam UMNO. Puncanya adalah satu, HILANGNYA ROH PERJUANGAN ASAL dalam UMNO. Pengorbanan yang ikhlas tidak lagi menjadi satu yang dipegang malahan kesenangan dan kemewah yang menjdai ukuran untuk berjuang.

Kita harus kembali kepada perjuangan asal yang meletakan kepentingan parti lebih dari kepentingan diri sendiri. Dalam isu perbalahan antara UMNO tidak boleh disalahkan satu pihak sahaja kita semua salah dan tidak pernah sedar akan kesalahan kita.

Masing-masing mahu mengejar sesuatu demi kepentingan diri. Pernah atau tidak kita cuba kembali kepada perjuangan asal parti? Pernah kita cuba menghayati PERLEMBAGAAN PARTI? Sepatutnya kita berpegang teguh kepada perjuangan yang meletakan keutamaan parti.

Kita semua sayangkan parti kerana pemimpin silih berganti tetapi tidak pada parti. Hancur parti hancurlah segalanya. Jangan kita menyalahkan mana-mana pihak sebaliknya kita renungkan dalam diri kita dahulu. Aku rasa kita semua belum cukup menginsafi diri kita, aku berani berkata sebegitu kerana aku sendir rasakan aku belum cukup menginsafi diri aku.

Pergolakan antara bloggers dan UMB seperti tiada satu kesudahan, saling menyerang antara satu sama lain. Sejak mula hingga kini masing-masing ingin menentukan sesiapa yang benar dan siapa yang menipu. Entahlah sampai bila perkara ini akan berakhir. Pertemuan demi pertemuan telah banyak dilakukan tapi masih tidak dapat diselesaikan juga kemelut yang berlaku dan ianya makin parah.

Pelbagai orang tengah telah cuba untuk mendamaikan kedua-dua pihak ini namun tidak berhasil. Satu pihak harus beralah demi kepentingan parti dan perjuangan. Nasihat aku hanya satu fikirkan apa maksud ‘winning by loosing’. Berundur atau mengalah tidak bermaksud tewas. Tidak luak jika kita mengalah dan meredakan keadaan.

Cukup-cukuplah kita berbalah. Berjuanglah demi kepentingan rakyat, kemukakan masalah rakyat bukan masalah kepentingan diri.

 

No Responses to “Pergolakan dikalangan UMNO makin menjadi-jadi….”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s