Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Kos sara hidup makin meningkat, kerajaan harus beri perhatian…

Belanjawan 2012 telah dibentangkan dan ramai yang berterima kasih dengan kerajaan atas apa yang dikemukan. Dalam ada yang gembira masih ramai lagi yang kecewa iaitu rakyat bawahan dan orang-orang kampung. Pekerja swasta makin tertekan dengan kos barangan asas yang melambung, kenaikan gaji jauh sekali, bonus belum tentu dapat. Ini nasib pekerja swasta.

Barangan asas makin hari makin meningkan sehinggakan kerajaan mengawal makin banyak barangan. Sampai bila kerajaan akan mengambil langkah penyelesaian secara sementara ini? Mengapa kerajaan tidak memikirkan satu mekanism yang padu untuk memastikan barangan asas keperluan sentiasa rendah?

Aku hendak bagi satu contoh paling mudah. Kita cuba ambil pembandingan dengan negara lain, sebagai contoh Singapura. Walaupun nilai matawang mereka tinggi cuba kita buat pengiraan 1 ke 1 atau one to one. RM1 dengan SGD1.

Jika seorang pekerja di Kuala Lumpur bergaji RM2,000 dan kita bandingkan dengan seorang pekerja di Singapura bergaji SGD2,000 yang mana lebih banyak boleh menyimpan. Cuba kita tengok:

 

                        Kuala Lumpur                                                                            Singapura

Buat perbandingan antara dua negara ini pada harga barangan. Pekerja di negara mana akan mendapat simpanan yang lebih? Gaji RM2,000 di Kuala Lumpur atau gaji SGD2,000 di Singapura?

Jika seorang itu membawa RM50 ke kedai runcit di Kuala Lumpur mereka akan dapat membeli 5 barang teratas senarai yang dikemukan.

Tetapi bawa SGD50 pergi ke kedai runcit di Singapura mereka dapat membeli 12 jenis barangan. Buatlah perbandingan yang mana lebih banyak menyimpan?

Kita selalu menyatakan bahawa nilai matawang berlainan, memang tidak dinafikan tetapi nilai gaji yang harus kita perhatikan dan nilai harga barangan itu sendiri. Bandingkan 5 barangan dan 12 barangan mana yang lebih banyak?

Inilah isu yang harus kerajaan pertimbangkan, bukan dengan memberi bantuan secara ‘one off’ dan terus cuci tangan. Pemerintah Singapura juga pernah memberi wang tunai kepada rakyat Singapura sehinggakan mereka mendapat pulangan GST pada tahun 2006-2007 malahan mereka juga mendapat ‘Baby Bonus’ untuk yang melahirkan anak yang diperkenalkan pada tahun 2004.

Memberi wang tunai bukanlah cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah rakyat. Kerajaan harus meningkatkan pengeluaran barangan asas untuk menampung keperluan rakyat negara ini dan dengan cara itu dapat mengawal harga barangan pada tahap yang rendah.

Kerajaan wajib memikirkan cara yang terbaik untuk memberi rakyat kehidupan yang lebih sempurna dengan cara meningkatkan pengeluaran bahan makanan asas tanpa bergantung kepada pengimportan dari luar.  Ini masalah rakyat yang sepatutnya kerajaan tangani.

Orang-orang dikampung tidak peduli dengan FDI dan pendapatan per kapita negara, apa yang mereka mahu dengan membawa RM10.00 ke kedai runcit mereka dapat membelik lebih dari 2 barangan. Apa tindakan kerajaan untuk tangani masalah ini?

Siapa yang harus dipersalahkan dan siapa yang harus mencari jalan untuk membantu rakyat? Jika kerajaan gagal dalam menangani masalah asas ini nescaya Barisan Nasional bakal menjadi pembangkang. Ini adalah suara rakyat, denyut nadi rakyat yang mengharapkan kerajaan BN dapat memikirkan jalan terbaik untuk membantu rakyat.

Bukan kawalan yang kita perlu tetapi harga barangan asas yang dijamin rendah setiap masa dan berterusan.

Advertisements

No Responses to “Kos sara hidup makin meningkat, kerajaan harus beri perhatian…”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s