Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

UMNO perlu terus perjuangkan Melayu.

Kedengaran suara-suara penyokong dan ahli UMNO yang menyuarakan tentang perjuangan UMNO yang makin jauh dari memperjuangkan bangsa Melayu.

Kita semua faham akan keperluan menjalinkan hubungan yang baik dengan bangsa bukan Melayu namun hakikatnya janganlah sampai menafikan hak bangsa kita sendiri semata-mata untuk memuaskan hati bangsa lain.

Jika diamati tidak pernah sekali pun bangsa Melayu mengambil hak bangsa lain. Tetapi hak bangsa Melayu pernah dan akan terus dirampas oleh bangsa lain. Ini hakikat.

UMNO perlu kembali kepada roh perjuangan parti yang mengutamakan bangsa Melayu sama seperti bangsa lain yang mengutamakan bangsa mereka masing-masing. Kita tidak perlu menolak semangat 1Malaysia untuk menwujudkan satu negara bangsa yang kukuh. Tidak sekali pun kita menafikan hak bangsa lain semata-mata untuk menguntungkan bangsa Melayu.

Kita menerima bangsa lain dalam negara ini dengan hati yang terbuka dan mengimpikan satu hubungan yang akrab dan sama-sama memajukan negara tercinta. Kita juga mengharapkan bangsa lain juga menerima hakikat bahawa bangsa Melayu juga ingin maju dan mendapatkan hak.

UMNO sebagai parti orang Melayu sepatutnya mengutamakan bangsa sendiri dan memastikan bangsa Melayu tidak berpecah belah. UMNO harus terus memperjuangkan bangsa Melayu dan jangan sekali berundur dan berhenti memperjuangkan nasib anak bangsa. Kembalilah kepada roh perjuangan UMNO dan berjuang demi menegakan agama, bangsa dan tanahair.

Ini yang seluruh bangsa Melayu mahukan bukan sekadar cakap-cakap politik. Orang Melayu ramai yang sudah berjaya dan akan terus berjaya jika UMNO terus memperjuangankan nasib anak-anak Melayu. Hak bangsa jangan dinafikan malahan teruskanlah memperjuangkannya.
Mengutamakan agama dan bangsa adalah satu perjuangan yang suci, jika kita lalai dan tidak ambil kisah akan musnahlah bangsa dibumi bertuah ini. UMNO wadah perjuangan Melayu tiada lagi tempat untuk bangsa Melayu bergantung kecuali pada UMNO dan jika UMNO gagal Melayu akan hilang didunia.

Bacalah dengan hati yang terbuka dan ikhlas…..

Posted with WordPress for BlackBerry.

No Responses to “UMNO perlu terus perjuangkan Melayu.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s