Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Gah sungguh bangunan UMNO…

Sampai bila kita hendak berterusan membazir dengan buat benda-benda yang tidak mendatangkan hasil? Ini persoalan yang aku nak tujukan pada pucuk pimpinan UMNO.

Cukup kecewa bila aku ternampak bangunan UMNO cukup gah dengan LED dari atas kebawah umpama skrin TV yang besar. Apa tujuan menghiaskan bangunan parti segah macam itu? Sedar atau tidal wahai pemimpin-pemimpin UMNO dan bapak-bapak menteri bahawa rakyat merungut barangan asas yang meningkat sejak kebelakangan ini?

UMNO masih lagi hendak menunjuk-nunjuk dengan kehebatan menghias bangunan dan bermegah-megah dengan pembaziran walhal rakyat berdepan dengan masalah kos kehidupan yang meningkat.

Perkara asas rakyat tidak ditangani dengan baik dan UMNO masih lagi hendak membazir. Cubalah kita insaf dan merenung sejenak akan kesusahan rakyat. Alangkah baik jika wang yang dibazirkan untuk menghias bangunan UMNO itu disalurkan kepada program-program kemasyarakatan untuk rakyat.

Mengapa pihak parti tidak salurkan wang jutaan ringgit untuk LED itu kepada program pendidikan dan program kerohanian rakyat yang kurang mampun. Apa salahnya?

Sampai bila pemimpin UMNO mahu sedar? Pembaziran demi pembaziran dilakukan tanpa menghiraukan masalah rakyat. Kita leka dengan apa yang kita ada. Kita masih lagi mahu membazir dengan membuat sesuatu yang tidak mendatangkan faedah.

Berapa juta yang dibelanjakan oleh parti untuk memasang LED didua sisi bangunan UMNO dan siapakah yang mendapat projek tersebut? Siapa diantara pemimpin-pemimpin besar UMNO yang berani memberi jawapan?

Bila akar umbi ingin menjalankan program macam-macam alasan yang diberikan. Tiada peruntukan dari partilah, budget belum keluarlah tapi menghiaskan bangunan dengan gah yang tida mendatangkan faedah dari mana pula datangnya peruntukan?

Cukup-cukuplah wahai pemimpin UMNO, janganlah syiok sendiri rakyat makin hari makin susah kita asyik dengan pembaziran yang sia-sia. Kami diakar umbi makin kecewa dengan pemimpin parti. Janganlah salahkan akar umbi bila mereka tidak mengundi untuk UMNO. Cubalah insaf dan kembali kepada roh perjuangan asal UMNO. Ini rayuan dari akar umbi, dengarlah. Bantulah kami demi rakyat bawahan janganlah sombong dan bongkak.

No Responses to “Gah sungguh bangunan UMNO…”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s