Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Zahid tegur PAS yang ungkit semula isu hukum hudud

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, menyifatkan tindakan kerajaan Parti Islam SeMalaysia (PAS) Kelantan menimbulkan semula isu mengenai hukum hudud di negeri itu ibarat menggali kubur yang mayatnya sudah hancur lebur.

Beliau, yang juga Menteri Pertahanan, berkata sekiranya parti itu betul-betul ingin melaksanakan hukum hudud di Kelantan, sepatutnya ia sudah dilakukan lebih 20 tahun lalu.

‘Sekiranya PAS betul-betul ikhlas mahu melaksanakan hukum tersebut, sudah tentu sebahagian besar daripada pentadbiran kerajaan PAS Kelantan kini sudah melalui proses hukum berkenaan.

‘Bukan masanya sekarang hendak mengulang gendang lama atau membuka kubur yang mayatnya sudah hancur lebur. Kerajaan negeri seharusnya sudah melaksanakan hukum itu sejak 20 tahun lalu kerana hal ehwal agama hak kerajaan negeri.

‘Hudud ini hukum Islam yang tidak harus dipolitikkan dan sebaiknya (kerajaan PAS Kelantan) menggunakan politik untuk agama, bukan sebaliknya dengan menjadikan agama untuk politik,’ katanya di sini, kelmarin.

Terdahulu dalam ucapannya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata tindakan PAS mengungkit semula isu hukum hudud dilihat sebagai usaha mahu menarik sokongan masyarakat di Malaysia, khususnya umat Islam, agar kekal bersama mereka.

Menurutnya, mengikut maklumat, sokongan masyarakat terhadap PAS sudah merudum berikutan isu Mat Indera menyebabkan parti terbabit berusaha menukar suasana dengan menimbulkan hukum hudud.

‘Barisan Nasional (BN) menerima hudud sebagaimana ditentukan Allah dan kita tidak pernah menolaknya serta berusaha memastikan kesuciannya melalui pelbagai perancangan,’ katanya yang ditukil Berita Minggu Malaysia (BMM).

Sementara itu, Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS, Encik Hu Pang Chaw, berkata PAS berhadapan dengan risiko kehilangan sokongan dan mencetuskan keadaan keluar beramai-ramai dari sayap bukan Muslim jika parti Islam itu tidak mengalah dalam isu hukum hudud.

Menurut Encik Hu, ramai ahli dewan itu tidak berasa senang dengan langkah PAS mahu mengenalkan hukum hudud di Kelantan.

Dewan itu dibentuk secara formal tahun lalu dengan dinaikkan taraf daripada sebuah kelab yang wujud sejak enam tahun lalu, lapor laman berita The Malaysian Insider.

No Responses to “Zahid tegur PAS yang ungkit semula isu hukum hudud”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s