Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Tindakan boleh diambil jika koperal sengaja lontar bom asap

Tindakan sewajarnya akan diambil terhadap seorang anggota polis sekiranya terbukti beliau bersalah melontar bom asap ketika menyuraikan peserta perhimpunan haram berhampiran Hospital Bersalin Cina (CMH) di Jalan Pudu di sini pada 9 Julai lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh, berkata polis akan menyiasat tindakan anggota berpangkat koperal itu sekiranya terbukti beliau melanggar garis panduan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Beliau memberitahu tindakan ke atas anggota polis itu akan dilaksana mengikut prosedur dan peraturan tatatertib peringkat jabatan.

‘Saya memberi jaminan akan mengambil tindakan sewajarnya ke atas anggota terbabit sekiranya beliau didapati bersalah,’ katanya kelmarin.

Selasa lalu, laporan Jawatankuasa Siasatan Dalaman, Kementerian Kesihatan Malaysia, mengesahkan insiden lontaran bom asap berlaku di kawasan CMH dan bukannya di Hospital Tung Shin seperti dilaporkan sebelum ini.

Datuk Mohmad berkata pihaknya turut memberi ruang dan hak kepada anggota polis itu membela diri dan mengemukakan alasan berhubung insiden tersebut.

Sehubungan itu, kata beliau, siasatan dalaman pihaknya turut mengambil kira percakapan dan pembelaan anggota polis tersebut.

‘Buat masa ini, anggota polis itu masih lagi bertugas dan kami beri beliau peluang membela diri serta meminta beliau berikan alasan atas dakwaan itu dan mengapa beliau berbuat demikian.

‘Setakat ini, anggota itu belum mengemukakan penjelasan berhubung perkara itu,’ katanya.

No Responses to “Tindakan boleh diambil jika koperal sengaja lontar bom asap”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s