Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Anwar Cabar Kerajaan Unjur Semula Bajet 2012

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin mencabar kerajaan supaya mengunjurkan semula peruntukan RM232.8 bilion dalam Bajet 2012 kepada RM220 bilion seperti yang dibentangkan Pakatan Rakyat, Selasa lalu.

Menurut Anwar, pengurangan itu perlu dikaji semula kerana bajet yang dibentangkan Perdana Menteri dibuat berdasarkan unjuran defisit dan pertumbuhan ekonomi yang tidak tepat.

“Peruntukan RM232.8 bilion yang diumumkan tidak berasaskan angka unjuran yang tepat dan dibuat tanpa mengambil kira beban hutang rakyat dan negara. Oleh itu, adalah wajar jika bajet tersebut dibentangkan semula untuk dibahaskan,” katanya ketika membahaskan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat pada Isnin.

Anwar yang juga Ahli Parlimen, Permatang Pauh berkata, unjuran pertumbuhan ekonomi negara pada kadar lima hingga enam peratus yang disasarkan kerajaan pada 2012 juga tidak realistik kerana terlalu tinggi dan ditolak penganalisa-penganalisa ekonomi.

“Unjuran pertumbuhan yang dibuat oleh Bank Dunia ialah 5.7 peratus, Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 5.5 peratus dan RHB 4.5 peratus saja berdasarkan keadaan ekonomi global yang tidak menentu,” katanya.

Anwar turut mempertikaikan tindakan kerajaan mensasarkan unjuran pertumbuhan ekonomi yang tinggi kerana ia dilihat sebagai taktik Kerajaan Persekutuan untuk menuntut dividen lebih tinggi daripada Petronas.

Sehubungan itu, beliau mempertahankan sasaran pertumbuhan ekonomi sebanyak empat hingga 4.5 yang dicadangkan Pakatan Rakyat dalam belanjawan bayangan mereka.

“Sasaran kita realistik kerana pertahankan unjuran pertumbuhan sebanyak 4.4 peratus sebagai usaha untuk mengekang bebanan hutang negara,” tambahnya.

No Responses to “Anwar Cabar Kerajaan Unjur Semula Bajet 2012”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s