Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

PRU 13 penentu kepada UMNO/BARISAN NASIONAL

Piliharaya umum ke 13 bakal menjadi medan penentu kepada UMNO dan Barisan Nasional. Walaupun kita bersemangat untuk merampas negeri-negeri yang telah jatuh ke tangan pembangkang namun sentimen akar umbi agak berlainan dari apa yang kita harapkan.

Ada beberapa isu yang memungkinkan UMNO dan Barisan Nasional akan tewas. Dikalangan blogger-blogger pro BN juga sudah ada yang merasa was-was dengan keadaan dalam UMNO. Yang paling jelas ialah tindakan Perdana Menteri mengumumkan sesuatu dengan cara mengejut.

Penyokong-penyokong kerajaan agak gusar dengan keupayaan Perdana Menteri Najib Razak dalam mentadbir negara. Pendekatan beliau dilihat sebagai satu tindakan meraih popularity daripada tindakan yang berbentuk mesra rakyat dan kepentingan kebajikan rakyat peringkat rendah.

Rakyat  juga tertanya-tanya kemanakah arah pentadbiran Perdana Menteri Najib dalam membawa negara dimasa hadapan. Dasar-dasar populist yang dikemukan adalah sekadar berbentuk sementara dan bukan berbentuk dasar concrete yang boleh menjamin kestabilan negara dan rakyat.

Dalam kita gairah menantikan bajet 2012 kerajaan harus dan terus menekan keperluan rakyat peringkat rendah dan memastikn bajet 2012 ini benar-benar mesra rakyat. Ini adalah peluang terakhir untuk Perdana Menteri membuktikan bahawa  beliau benar-benar memegang teguh slogan Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

No Responses to “PRU 13 penentu kepada UMNO/BARISAN NASIONAL”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s