Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Kerajaan Dicadang Tubuh Semula Universiti Pertanian

Kerajaan dicadangkan mewujudkan semula universiti pertanian termasuk memperbanyakan institusi pengajian tinggi berkaitan sektor berkenaan bagi memperkasakan bidang pertanian.

Datuk Bung Mukhtar Radin (BN-Kinabatangan) berkata, tumpuan terhadap pembangunan industri pertanian perlu dibuat bagi mengurangkan kebergantungan negara terhadap import bahan makanan daripada negara luar.

“Bagaimana kalau suatu hari nanti negara seperti Thailand dan China menghentikan eksport beras ke negara kita. Apa akan jadi dengan nasib rakyat kita.

“Nak makan ubi kayu? Setahu saya sekarang ini bekalan ubi kayu di negara kita pun boleh dikatakan tidak ada.

“Kerajaan perlu menjadikan industri pertanian salah satu enjin utama dalam memacu ekonomi negara,” katanya ketika membahaskan RangUndang-undang Lembaga Pemasaran Pertanian (Fama) (Pindaan) 2011 pada Persidangan Dewan Rakyat, di sini, Selasa.

Pindaan Akta Fama 1965 itu bagi memasukkan dua subseksyen baru iaitu Subseksyen (2A) dan 2(B) yang bertujuan memperluaskan kuasa KetuaPengarah Kuarantin dan Pemeriksaan (Maqis) untuk mengeluarkan lesen mengikut Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 serta mengeluarkan perakuan bagi pengimportan.

Pindaan itu juga bagi membolehkan pegawai penguatkuasa yang dilantik di bawahakta baru itu menjalankan penguatkuasaan berhubung keluaran pertanian di pintumasuk, stesen kuarantin dan premis kuarantin.

Advertisements

No Responses to “Kerajaan Dicadang Tubuh Semula Universiti Pertanian”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s