Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Bubarkan parti berasaskan kaum jika PM benar-benar BERANI.

“Kalau kita hendak menjadi bangsa yang bermaruah dan terhormat kita tidak boleh berselindung dengan kerajaan tetapi mesti ada keberanian dan keyakinan diri untuk berjaya.”

“Ciri-ciri Melayu abad ke-21 yang berjaya bukan dilindungi tetapi kerana ada kelebihan ilmu, kemahiran berfikir dan minda yang tajam. Inilah perubahan yang mesti ada,” Najib Razak…..

Ini kenyataan PM pada majlis pelancaran Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu (MTEM) di Malaysia Agro Exposition Park (MAEPS) di sini malam Khamis. Berdasarkan kenyataan dan juga polisi-polisi yang diperkenalkan ini aku hendak ajukan satu soalan pada Perdana Menteri….Sanggup atau tidak bubarkan UMNO, MIC dan MCA yang berasaskan kaum dan serapkan semua dalam satu parti?

Aku rasa cara ini yang boleh buat bangsa MELAYU bersaing dengan bangsa-bangsa lain. Buka kerusi presiden untuk dipertandingkan dan pinda perlembangaan dan benarkan bangsa lain selain MELAYU menjadi Perdana Menteri. Adakah Najib Razak berani untuk berbuat demikian atau pun mencadangkan perubahan ini?

Jangan setakat cakap saja 1MALAYSIA tetapi masih duduk bawah parti yang berasaskan kaum. Ini abad ke 21 dan Najib sendiri kata kena ubah mindset. Tak salah rasanya bubarkan semua parti komponen yang berasaskan kaum demi mencapai matlamat 1MALAYSIA.

Satu lagi kenyataan Najib yang menguatkan aku untuk mengajukan soalan yang sama ialah ini “Izinkan saya menegaskan semula bahawa kerajaan saya adalah kerajaan rakyat dan kami memberi layanan yang sama kepada semua aliran sekolah di Malaysia tanpa diskriminasi,” Sekali lagi aku ingin bertanya pada Perdana Menteri “kesayangan semua” ini, berani atau tidak usulkan pembubaran parti politik berasaskan kaum?

Janganlah asyik bercakap tentang 1MALAYSIA tapi sebab masih hendak jadi PM tak berani usulkan perkara yang aku sebutkan ini.

Kalau Najib yakin dengan 1MALAYSIA kenapa tidak yakin dengan satu parti semua kaum? Kenapa hendak juga bergayut dengan majority MELAYU sedangkan suara majority MELAYU ini tidak diendahkan?

Quota 30% bakal dihapuskan jadi tidak ada masalah untuk orang MELAYU bersaing, aku sendiri percaya MELAYU tak perlu quota dan tongkat. Bukan saja dari segi ekonomi malahan politik juga. Jika Najib boleh dan yakin MELAYU akan maju tanpa quota dan mampu bersaing mengapa Najib takut hendak bersaing dengan kaum-kaum lain dalam satu parti? Kenapa masih hendak ‘berselindung’ pada status quo?

Ramai yang akui Najib PM yang berani dengan mansuhkan ISA dan akta-akta darurat yang lain, tak kan lah tak berani nak buat perubahan yang drastik dalam politik dan parti kot…

Janganlah kita berdolak-dalik lagi, jika ikhlas dengan perjuangan 1MALAYSIA teruslah bubarkan apa-apa yang berkaitan bangsa dan kaum. Bersainglah dengan kaum yang lain dalam parti. Asyik cakap saja tak guna nanti orang meluat.

Ini teguran ikhlas dari akar umbi, itu pun kalau Najib BERANI nak terima…..

Advertisements

No Responses to “Bubarkan parti berasaskan kaum jika PM benar-benar BERANI.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s