Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Nik Aziz: Kelantan sedang usaha masukkan hudud di senarai hukum

Walaupun pelaksanaan hukum hudud mendapat tentangan, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menegaskan negeri itu kini dalam usaha memasukkan enakmen hudud dalam senarai hukum di mahkamah syariahnya.

Pelaksanaan hukum hudud mendapat tentangan beberapa pihak, termasuk pucuk kepimpinan Parti Tindakan Demokratik (DAP).

Menurut Datuk Niz Abdul Aziz, yang juga Mursyidul AM Parti Islam Semalaysia (PAS), langkah itu bagi membolehkan hakim menggunakan akta tersebut sebagai panduan.

‘Hudud sebenarnya tidak zalim dan akan bertindak lebih sebagai satu pengajaran,’ katanya.

Beliau ditemui selepas merasmikan sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat negeri di pekarangan Stadium Sultan Muhammed IV, kelmarin.

Namun begitu, Datuk Nik Abdul Aziz tidak menyatakan bila hukum hudud akan dilaksana di Mahkamah Syariah Kelantan.

Langkah kerajaan Kelantan itu dijangka menghangatkan lagi ‘pertelingkahan’ dengan DAP, yang melalui pengerusinya, Encik Karpal Singah, menentang pelaksanaan hukum hudud.

Setiausaha Agung DAP, Encik Lim Guan Eng, dilaporkan sebagai berkata bahawa pucuk pimpinan DAP akan meletak jawatan beramai-ramai sekiranya pelaksanaan hukum hudud dimasukkan ke dalam rangka kerja dasar bersama pakatan pembangkang.

Menurut Encik Lim, pelaksaan hukum hudud dan penubuhan negeri Islam tidak disebut dalam Buku Jingga pakatan pembangkang, dan ketiga-tiga parti pembangkang – DAP, PAS dan Pakatan Rakyat (PKR) – telah bersetuju akan bersatu di bawah prinsip bersama, seperti kebebasan, keadilan dan demokrasi.

Datuk Nik Abdul Aziz berkata beliau bersedia melihat DAP meninggalkan pakatan pembangkang sekiranya ia tidak bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud.

Namun, beliau menjelaskan semalam bahawa hukum hudud yang mahu dilaksana di Kelantan sama sekali tidak kena-mengena dengan masyarakat bukan Islam, terutama DAP, yang, katanya, tiada sebab membantah undang-undang Islam itu dilaksana.

‘DAP nak keluar (gabungan pembangkang) pasal apa? Hudud untuk orang Islam dan apa hubungan dia (DAP) dengan orang Islam,’ kata Datuk Nik Abdul Aziz kepada pemberita di kediaman Menteri Besar di sini, semalam.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, meminta semalam semua pemimpin pakatan pembangkang supaya jangan membuat sebarang kenyataan mengenai hukum hudud sehingga mesyuarat bulanan mereka esok.

Ia adalah persetujuan yang dicapai antara beliau dengan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Encik Saifudin Nasution Ismail, dan Ketua Pemuda DAP, Encik Anthony Loke, kata Datuk Mustafa semalam.

Menurut Datuk Mustafa, mesyuarat pada itu sepatutnya membincangkan mengenai bajet 2012, tetapi ia akan meletak isu sensitif hukum hudud sebagai keutamaan dan satu pendirian bersama akan dibua

No Responses to “Nik Aziz: Kelantan sedang usaha masukkan hudud di senarai hukum”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s