Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Akta ganti ISA rangkumi langkah antipengganasan, jaga ketenteraman

Dua undang-undang baru bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan merangkumi langkah- langkah antipengganasan serta menjaga ketenteraman awam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz.

Menurut Datuk Seri Nazri, undang-undang pertama akan menangani isu-isu menentang pergerakan pengganas dan ancaman pengganasan.

Uundang-undang kedua akan menangani isu-isu berkaitan menjaga ketenteraman awam.

‘Kedua-dua undang-undang adalah untuk memastikan keamanan dan kestabilan negara dikekalkan,’ katanya.

Beliau menambah bahawa kerajaan sedang meninjau apakah amalan terbaik negara lain untuk dijadikan sumber rujukan dalam menggubal undang-undang baru itu.

‘Akta Patriot Amerika Syarikat adalah salah satu contoh,’ katanya.

Kedua-dua undang-undang itu belum diberi nama rasmi, namun, menurut Datuk Seri Nazri, ia serupa ISA.

Undang-undang baru itu akan melindungi ketenteraman awam dan melindungi hak individu, kata beliau.

‘Kuasa memanjangkan tempoh tahanan bagi sesiapa yang ditahan dibawah undang-undang baru itu akan terletak di bawah sistem penghakiman dan bukan kuasa eksekutif kerajaan,’ katanya.

Ini, tambah beliau, akan memastikan imbangan kuasa dapat dikawal.

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak, mengumumkan pemansuhan ISA pada 14 September lalu, sehari sebelum sambutan Hari Malaysia berlangsung.

Dalam pengumumannya itu, beliau turut berkata dua undang-undang baru akan digubal bagi menggantikan ISA.

‘Undang-undang baru akan digubal untuk memelihara keamanan, keharmonian dan keselamatan negara,’ kata Datuk Seri Najib.

Beliau memberi jaminan bahawa kededua undang-undang baru yang akan digubal bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang serta perbuatan jenayah tidak akan digunakan untuk menahan mana-mana individu semata-mata kerana ideologi politik.

Beliau turut mengumumkan pemansuhan Akta Buang Negeri 1956 serta langkah mengkaji semula secara komprehensif Akta Kediaman Terhad 1933, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan Seksyen 27 Akta Polis 1967 bagi memenuhi kehendak semasa.

Advertisements

No Responses to “Akta ganti ISA rangkumi langkah antipengganasan, jaga ketenteraman”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s