Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

PAS dan Hudud bergema kembali.

Nik Ajis sekali lagi mengeluarkan kenyataan berkaitan hudud. Motifnya cukup mudah, bila muncul PRU hudud PAS pun muncul bersama.

PAS menyedari bahawa mereka sudah kehilangan sokongan dikalangan pengundi Melayu Islam yang selama ini telah diperbodoh-bodohkan oleh PAS. Justeru untuk mendapat kembali sokongan pengundi Melayu Islam tanpa rasa segan Nik Ajis kembali mendendangkan irama hudud PAS.

Persoalannya sampai bila kita harus menunggu PAS melaksanakan hudud? Enekmen undang-undang syariah telah dibentangkan dan telah pun diwartakan di DUN Kelantan. Apa yang hendak dinantikan?

Alasan PAS mudah, mereka meletakan beban ini pada kerajaan pusat. Mudah sungguh menjual hukum ALLAH swt dengan menuduh orang lain. Inilah hakikat kebodohan PAS.

Secara logiknya jika PAS berani mereka sudah lama melaksanakan hudud tetapi memandangkan PAS anjing pondan pada DAP mereka akan sentiasa tunduk dan akur dengan kehendak PAS.

Saya sendiri akan menyokong PAS jika mereka berjaya melaksanakan hudud yang berlandaskan Islam dan Al Quran dengan memegang asas keadilan yang kuat. Ini hukum ALLAH swt dan sebagai umat Islam kita menerima undang-undang yang berasaskan Islam.

Jika PAS gagal melaksanakan hudud yang adil mereka akan menjadi satu pemerintan yang zalim dan dilaknati ALLAH swt. Cukup mudah jika PAS jujur, tiada jalan lain melainkan laksanakan hudud yang berasaskan keadilan pada semua.

PAS hanya mampu menjaja hudud untuk politik bukannya demi Islam dan ALLAH swt. Mengapa saya nyatakan begitu adalah kerana bukti dalam parti sendiri cukup terang dan nyata. Mereka menolak ulama dan mengangkat penzina sebagai pemimpin besar parti. Berpura-pura memperjuangkan Islam dan kini mengugurkan Islam sebagai perjuangan.

Nizar Jamaluddin telah mengakui PAS tidak pernah menyebut tentang Negara Islam. Jadi apa yang tidak terang lagi siapa PAS sebenarnya.

Posted with WordPress for BlackBerry.

No Responses to “PAS dan Hudud bergema kembali.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s