Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Soi Lek sepatutnya faham pendirian Umno: TPM

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek serta pemimpin parti berkenaan sepatutnya sudah mengetahui pendirian Umno berhubung hukum hudud dan ia tidak perlu dijadikan isu.

Timbalan Perdana Menteri berkata, pendirian Umno adalah sama seperti dahulu dan perkara itu sepatutnya tidak berbangkit dalam kala-ngan parti komponen Barisan Nasional (BN) kerana ia berbeza dengan Pas.

“Isu disebutkan Chua (Soi Lek) tak berbangkit. Jangan timbul syak wasangka dalam pemikiran masyarakat Cina dan lain-lain termasuk masyarakat Islam tentang perkara itu.

“Bagi saya, pendirian yang kita ambil itu bukan baru, tetapi sejak beberapa kepimpinan sebelum ini,” katanya selepas menunaikan solat Jumaat sempena lawatan kerjanya ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini, semalam.

Ditanya sama ada tindakan Soi Lek itu dilihat sebagai ugutan, Muhyiddin berkata, perkara itu sepatutnya tidak timbul kerana pendirian pe-mimpin Umno adalah jelas.

“Saya tak tahu sama ada Chua lupa tentang pendirian kita (Umno). Tak sama dengan Pas, kita punya pandangan. Saya percaya mungkin Chua tak faham keadaan sebenar,” katanya.
Beliau berkata, Umno tidak pernah menolak hudud kerana ia sebahagian daripada hukum syarak, tetapi berpendapat pelaksanaannya masih belum sesuai sekarang.

“Penjelasan itu boleh diterangkan ulama tentang kenapa dan mengapa keadaan seperti ini tidak membolehkan kita melaksanakan (hudud). Ramai ulama muktabar ambil pendirian yang serupa, bukan sahaja di Malaysia tetapi di banyak negara,” katanya.

Ditanya mengenai kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat bahawa beliau tidak kisah jika DAP keluar daripada pakatan pembangkang jika tidak setuju dengan pendirian Pas mengenai pembentukan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan, Muhyiddin berkata, itu soal dia.

Beliau berkata, sejak duhulu lagi, Pas dan DAP tidak sepakat dalam banyak perkara walaupun mereka berada dalam sebuah pakatan pembangkang.

“Sebab itu, kita katakan mereka bukan perkongsian yang murni… tidur satu bantal tapi mimpi lain-lain. Itu kita dah tahu dari dulu lagi. Mereka mungkin retak menunggu belah… bila sampai ketika, akan bertembunglah kepentingan itu dan inilah yang kita lihat ia berlaku.

“Mungkin dah dekat dengan pilihan raya, maka semakin terserlah isu dan masalah yang dihadapi mereka. Saya percaya rakyat tahu, rakyat boleh buat penilaian, bagaimana pendirian tegas kita dan perbezaan pandangan dan pendapat mereka (pembangkang),” katanya. – Bernama

No Responses to “Soi Lek sepatutnya faham pendirian Umno: TPM”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s