Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

UMNO yang takut atau parti komponen yang biadap?

Adakalanya terfikir juga sama ada UMNO sekarang ini kuat atau lemah. Bila dikira dari segi kerusi parlimen nampak macam gah dan dominon. UMNO mempunyai paling banyak kerusi parlimen berbanding lain-lain parti sama ada Barisan Nasional mahupun pembangkang.

Dari sudut yang lain pula nampak UMNO bagaikan manusia yang kehilangan jantannya. Tunduk pada desakan minority dan senyap bila parti-parti yang sepatutnya membantu dalam BN bersuara. Adakah UMNO sekarang ini lemah ataupun parti-parti lain yang biadap?

Beberapa isu yang disentuh oleh parti-parti komponen yang berupa ugutan dan kata dua namun UMNO hanya mampu berdiam diri. Melayu Islam dihimpit oleh serangan dan ugutan parti-parti komponen yang kadang kala umpama tidak sedar diri.

Parti-parti komponen seperti MCA dan Gerakan beranggap mereka boleh beri kemenangan kepada BN dengan undi kaum Cina sedangkan mereka ini menang melalui pengundi Melayu dan penyokong UMNO.

Susah sangat ke untuk presiden MCA dan Gerakan faham hakikat ini? Kenapa bersikap biadap pada UMNO? Buktikan dulu bahawa parti kamu bekerja kuat untuk mendapat kepercayaan kaum Cina bukan dengan cara mengugut UMNO.

Sudah pastinya presiden kedua-dua parti ini tewas dan tidak tersenarai sebagai wakil rakyat, rasanya tidak perlulah tunjuk besar kepala.

Hakikatnya rakyat mintak MCA dan Gerakan bersopan sedikit kalau tidak mahu parti kamu tewas dengan terus lagi sekali. Kamu bergantung kepada undi orang Melayu bukan UMNO bergantung pada undi kaum Cina.

Sedar diri dan insaflah wahai Presiden MCA dan Gerakan…

Posted with WordPress for BlackBerry.

No Responses to “UMNO yang takut atau parti komponen yang biadap?”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s