Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Hilang semangat ‘setiakawan’ bila parti komponen mengugut.

Nik Aziz baru-baru ini mendendangkan irama lama untuk raih undi menjelang PRU yang akan datang.

Hudud menjadi bahan kempen PAS sekali lagi. Artikel ini bukanlah untuk PAS tapi untuk MCA dan Gerakan.

Tiada seorang pun pemimpin UMNO yang menyatakan sokongan terhadap kenyataan Nik Aziz untuk menjalankan hudud tetapi mengapa MCA dan Gerakan yang mengugut UMNO?

Apa yang sebenarnya MCA dan Gerakan cuba buktikan? Mereka harus sedar bahawa yang parti yang dominon dalam Barisan Nasional adalah UMNO dan mereka mendapat undi dari penyokong UMNO.

Mengapa jadikan UMNO sebagai bahan belasahan? Chua Soi Lek terlupa agaknya yang dia presiden parti yang bukan ahli parlimen. Partinya kalah teruk dalam PRU yang lepas. Jadi tak perlulah hendak tunjuk besar kepala.

Koh Soo Khoon juga presiden parti yang bukan ahli parlimen, jadi menteri ikut pintu belakang. Partinya lagi malu besar bila kalah di Penang. Sehingga kini rakyat Penang sendiri menolak dia. Perlukah dia nak tunjuk besar kepala?

Kedua-dua parti komponen BN ini menangih simpati pada undi orang-orang Melayu tetapi dalam masa yang sama dengan bongkaknya menekan orang Melayu dan sedikit pun tidak sensitive dengan Islam dan orang Melayu.

Chua Soi Lek yang mempunyai masalah moral ingin menjadi jaguh dalam isu undang-undang Islam, sekali lagi dia terlupa yang kaum Cina pun tolak MCA jadi tidak perlulah nak tunjuk jaguh. Buat malu saja.

Sikap bongkak parti komponen BN ini amat jelas sekali dan perlukah orang-orang Melayu Islam memberi undi pada mereka? Rasanya tidak perlulah. Jika mereka bertanding di kawasan majoriti Melayu lupakanlah hasrat untuk mewakili orang Melayu Islam.

Sikap tidak sensitive MCA memang jelas dan nyata, mereka jugalah yang beria-ria mempertahankan Namewee yang menghina negara, orang Melayu dan Islam. Inikah sensitivity mereka terhadap kita Melayu Islam?

Orang Melayu dan UMNO tidak harus lagi tunduk pada tuntutan mereka, kita harus teguh dan biar mereka yang tunduk pada tuntutan majority. UMNO harus mengambil semua kerusi majority Melayu Islam untuk ditandingi. Hanya dengan cara ini sahaja UMNO dapat mengekalkan kuasa dan meraih sokongan majority Melayu Islam.

Cukup sudah kita tunduk pada suara minority, kita tuntut hak majority. Penang harus menjadi hak UMNO, semua kerusi MCA dikawasan majority UMNO harus dikembalikan.

Biar mereka berusaha keras untuk mendapat sokongan kaum Cina yang menolak mereka. UMNO tidak perlu bertungkus lumus untuk mereka lagi selagi mereka MCA dan Gerakan ini tidak sensitive terhadap orang Islam dan bangsa Melayu.

Tutup pintu kita untuk MCA dan Gerakan.

Posted with WordPress for BlackBerry.

No Responses to “Hilang semangat ‘setiakawan’ bila parti komponen mengugut.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s