Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Mantan Mufti Perlis: Pelaksanaan hudud perlu tafsiran baru

Mantan Mufti Perlis, Profesor Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berkata pelaksanaan hukum hudud memerlukan ijtihad ataupun tafsiran baru dengan mengambil kira aspek perubahan zaman dan tempat.

‘Tiada siapa yang Mukmin menafikan kewujudan nas-nas hudud dalam Al-Quran dan sunah. Cuma perincian hudud itu memerlukan ijtihad yang mengambil kira soal perubahan zaman dan tempat,’ kata Dr Mohd Asri dalam kertas kerja dalam Seminar Syariah Peringkat Kebangsaan di Kota Bahru, Kelantan, kelmarin.

Menjelaskan, beliau berkata ‘cara potongan, penggunaan alatan moden dan ubatan moden juga perlu diambil perhatian atas sifat ihsan Islam dalam semua perkataan’.

‘Demikian juga suasana masyarakat hendaklah diambil kira,’ tambah beliau, yang ditukil laman berita The Malaysian Insider.

Katanya, peluang bertaubat dalam hudud juga hendaklah diluaskan dengan memakai mazhab yang luas dalam hal ini.

‘Mereka yang bertaubat sebelum tangkapan patut digugurkan hukuman hudud dan boleh diganti dengan takzir,’ tambah beliau.

(Hukuman takzir dalam Kanun Jenayah Syariah adalah hukuman yang tidak ditentukan dan ditetapkan Allah kadar atau bentuk hukuman itu dalam Quran/hadis.)

Ini bererti kerajaan boleh meminda dan menukar hukuman itu atau membatalkannya.

Dr Mohd Asri menambah, dalam keadaan yang sesuai, maka pelaksanaan hudud yang mengambil kira perubahan zaman dan tempat akan mencapai matlamat pencegahan, pendidikan dan pada masa yang sama menonjolkan keindahan hukuman tersebut.

‘Jika tidak, hukuman itu akan membawa fitnah dan salah sangka terhadap Islam.

‘Saya selalu sebutkan hudud bagaikan wanita yang baik. Beliau akan kelihatan indah jika bersuamikan lelaki yang baik.

‘Bagaimanapun, keindahannya akan hilang jika berada di bawah suami yang fasik dan rosak,’ kata tokoh agama yang dilihat progresif sebagai itu.

Dalam kertas kerja tersebut, Dr Mohd Asri juga berkata bahawa menggambarkan negara Islam yang diperintah oleh Allah dan rasul-Nya sebagai negara hudud adalah gambaran tidak tepat.

Oleh itu, hudud bukan asas kenegaraan dalam Islam kerana asas kenegaraan dalam Islam menegakkan keadilan dan maslahatan negara berasas prinsip-prinsip Al-Quran dan sunah.

Dr Mohd Asri menambah bahawa pelaksanaan hudud hendaklah mengambil kira persoalan suasana hudud itu dilaksanakan kerana suasana yang tidak sesuai akan menyebabkan kesan negatif pada pelaksanaan sesuatu hukuman.

Katanya, Nabi saw, sebelum menegaskan tentang hudud, mewujudkan suasana keadilan yang menyeluruh dalam masyarakat yang diperintah oleh baginda.

Advertisements

No Responses to “Mantan Mufti Perlis: Pelaksanaan hudud perlu tafsiran baru”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s