Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Hudud: Kelantan perlu sokongan kerajaan pusat

Bekas mufti Perlis, Profesor Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berkata Kelantan tidak mungkin dapat melaksanakan hukum hudud di negeri itu selagi ia tidak mendapat kerjasama ‘sepenuhnya’ daripada kerajaan pusat Malaysia.

Parti Islam SeMalaysia (PAS) menerajui kerajaan negeri Kelantan sejak akhir 1990 dan berhasrat untuk melaksanakan hukum hudud, tetapi tersekat disebabkan halangan kerajaan pusat Malaysia yang menggunakan alasan perspektif perundangan.

Justeru, suasana ‘kondusif’ bagi melaksanakan hudud di Kelantan bukan sahaja terikat kepada faktor persekitaran dalam negeri itu, tetapi juga dengan pendirian pentadbiran pusat, kata Dr Mohd Asri, yang ditukil oleh satu laporan laman berita The Malaysian Insider, semalam.

‘Selagi Kelantan tidak mendapat kerjasama kerajaan pusat sepenuhnya, tidak mungkin suasana kondusif itu dapat diwujudkan,’ kata beliau semalam, dalam satu tulisannya seebagai mengulas lanjut kertas kerjanya sendiri.

Beliau membentangkan kertas kerjanya menyentuh isu itu dalam Seminar Syariah Peringkat Kebangsaan, di Kota Bharu, Kelantan, pada Selasa lalu.

Dr Mohd Asri juga berkata, banyak lagi perkaitan lain yang perlu dilangsaikan sebelum hudud dapat dilaksanakan dan Kelantan tidak dapat dipersalahkan jika ada beberapa hukuman hudud yang masih gagal dilaksanakan kerajaannya atas sebab keterbatasan itu.

Dalam satu kenyataannya kelmarin, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata pihaknya tetap bertegas untuk meneruskan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan, walaupun negeri itu dikatakan berada dalam keadaan tidak kondusif bagi melaksanakan undang-undang tersebut.

Semalam dua pemimpin parti dari pihak bertentangan turut memberikan pandangan mereka terhadap isu tersebut.

Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata Umno bersetuju dengan hukum hudud pada dasarnya kerana ia sebahagian daripada Islam, tetapi Malaysia belum bersedia melaksanakan undang-undang sedemikian buat masa sekarang.

Menurutnya, ada keperluan untuk terdahulu mengembangkan maklumat mengenai undang-undang itu agar orang ramai memahaminya sebelum parti yang memerintah merancang melaksanakannya.

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pula secara peribadi menyokong hasrat Kelantan melaksanakan undang-undang hudud, asalkan ia ditabdirkan dengan adil dan melindungi hak bukan Islam.

‘Bagi saya, pada umumnya, secara dasar, saya percaya ini boleh dilaksanakan,’ kata beliau kepada pemberita.

Advertisements

No Responses to “Hudud: Kelantan perlu sokongan kerajaan pusat”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s