Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Najib bakal menempa nama sebagai Ketua Pembangkang…

Masih menyirap darah ini bila perkatakan tentang pertemuan Najib dan Namewee. Tiada sebarang respond dari pihak PMO atau Najib sendiri tentang perkara ini. Mungkin isu ini dianggap remeh oleh Najib dan tidak perlu perhatian langsung. Adakah Najib begitu yakin bahawa undi Melayu kekal kepada UMNO?

Najib sudah makin melupakan janji-janjinya ketika menjadi Perdana Menteri, satu demi satu isu yang muncul dan cukup mengecewakan rakyat. Isu Namewee sebagai contoh, cukup mengecewa seluruh umat Melayu Islam. Namun hakikatnya Najib seperti tidak mahu menerima kekecewaan orang-orang Melayu. Adakah kami tidak penting bagi Najib lagi?

Adakah suara kami tidak seGAH suara Namewee? Kami cukup kecewa dan masih lagi tertanya-tanya mengapa Najib tunduk pada Namewee? Mengapa berlembut pada Namewee?

Paling menyedihkan lagi Najib tidak langsung hiraukan rintihan anak-anak bangsa yang lain yang lebih perlukan perhatian. Namewee menghina negara dan menguris hati orang-orang Melayu dan Islam adakah wajar diberikan perhatian?

Bagaimana pula dengan anak-anak muda yang lain yang telah banyak mengharumkan nama negara dan kesetiaan mereka tidak ada tolok banding. Adakah mereka ini perlu merayu dan melutut untuk mendapat perhatian? Sepatutnya Najib mencari mereka ini kerana mereka ini adalah ASSET pada negara bukan Namewee.

Namewee bakal menjadi punca Najib dilantik sebagai Ketua Pembangkang selepas PRU13.  Harapan kami agar Najib mendengar rintihan kami dan batalkan sahaja perjumpaaan dengan Namewee.

INI TUNTUTAN KAMI, SUARA YANG MENENTUKAN KEDUDUKAN UMNO DAN BARISAN NASIONAL. DENGARLAH DAN PENUHILAH TUNTUTAN KAMI INI….

3 Responses to “Najib bakal menempa nama sebagai Ketua Pembangkang…”

  1. Aku dah naik benggang dengan najib ni. Dia seolah olah berfikir orang melayu akan sentiasa menerima segala keputusan yang dibuatnya walaubagaimana pahit pun. Yang penting ialah melayan kehendak kaum cina yang dah sejelas jelasnya menolak barisan nasional. Apa dia ingat melayu yang diam semua ni bodoh ke tak tahu nak protes. KUKUHKAN kembali melayu/umno barulah ‘the rest will fall into places’.

    • Najib over confident dgn sokongan org Melayu….sedih sungguh. Org Melayu sayangkn parti lebih dari pemimpin jelas sekali Najib tidak langsung mewarisi bakat dan kepimpinan Al Marhum Tun Razak. Begitu banyak isu Melayu yang Najib gagal pertahankn. Isu bread and butter rakyat nyata Najib gagal. Extra baggage yg Najib bawa juga satu isu yang amat pedih utk kita tangani.

      Najib kena ingat bahawa beliau TIDAK MENDAPAT MANDAT RAKYAT lagi, jawatan PM jawatan ambil alih dari Pak Lah bukan jawatan dengan mandat rakyat. Harap-harap Najib sedar dan ubah sikap kalau boleh lepaskan jawatan itu terus…..

  2. Teramat Marah dan Geram yg amat sangat!!!!
    Sudahlah tiada tindakan dikenakan ke atas Namawee penghina Islam dan Melayu secara terang… PM pula yg jadi ketua negara umat melayu yg telah dihina sehina-hinanya olehnya ingin menundukkn diri kepada bangsat durjana itu.

    kesabaran dah sampai kepuncak.

    waujanak.blogspot.com


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s