Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Suara kecil yang tidak dipedulikan oleh PM.

Entri terbaru MM ini masih lagi berkaitan pertemuan PM dan Namewee. Masih tiada sebarang respond dari Perdana Menteri kesayangan kita Datuk Seri Najib Razak berkaitan isu ini. Yang rakyat tahu PM memang bakal bertemu dengan Namewee yang pernah hina negara, ISLAM dan Melayu.

Denyut Nadi rakyat sudah PM lupakan sebaliknya mengores lagi hati rakyat yang kecewa. PM lebih senang bertindak berjumpa dengan orang yang telah menghina dan merendah-rendahkan maruah orang lain. Era ‘the government knows everything’  telah berlalu dan PM Najib sedar semua ini tetapi mengapa tidak pedulikan kata-kata rakyat majoriti?

Suara kami suara kecil dan terlampau kecil untuk didengari oleh pemimpin besar seperti Perdana Menteri, suara Namewee lebih besar dan lebih istimewa pada Perdana Menteri.

Kami tidak menolak jika Perdana Menteri memberi perhatian pada anak-anak muda yang lain tetapi mengapa Namewee? Kami masih lagi mencari apa keistimewaa Namewee? Inikah caranya Perdana Menteri mendengar denyut nadi rakyat?

PM Najib pada hakikatnya telah gagal. Apa gunanya mendekatkan diri dengan rakyat tapi tidak mendengar keluhan dan sensitiviti rakyat majoriti? Apa gunanya membuat walk-about tanpa menindahkan suara kecil kami ini? PM Najib seakan sudah lupa janji-janji manis ketika baru menjadi Perdana Menteri dahulu.

PM Najib lupa bahawa beliau masih tidak mendapat mandat rakyat lagi. Pelbagai isu yang timbul tetapi tidak ditanggani dengan bijak. PM Najib gagal.

Isu Namewee tidak diberi perhatian malahan dengan bangganya dihebahkan bahawa PM bakal bertemu dia dalam minggu ini. Kami meminta pihak Perdana Menteri beri penjelasan MENGAPA NAMEWEE DAN APA KEISTIMEWAAN DIA SEHINGGA MENDAPAT PERHATIAN TAHAP TERTINGGI?

Adakah PM takut dengan Namewee? PM Najib rasa tergugat dengan video dan lagu sampah Namewee? Tolong jelaskan pada kami rakyat yang dianggap kecil ini. Kami rakyat kecil berasal dari kampung tidak faham dengan bahasa dan cara penjelasan orang bangsawan seperti PM Najib, kami meminta PM Najib jelaskan dengan cara mudah mengapa Namewee.

Rasailah kekecewaan kami wahai Perdana Menteri Bangsawan, hormati luahankan jika anda mahu dihormati. Hina kami jika anda mahu dihina. Suara kecil kami mungkin tidak setaraf dengan kedudukan Perdana Menteri tetapi dengan suara kami inilah yang bakal menjadi penentu kedudukan PM…

Advertisements

One Response to “Suara kecil yang tidak dipedulikan oleh PM.”

  1. Kami bukan menentang BN ……..yang amat dikesali Pepimpin2 tertinggi BN tidak peka tentang permasaalah rakyat yang dihadapi masa kini , barangan2 keperluan harian harga melambong tinggi, tariff api , air terlalu tinggi cukai berlipat kali ganda,

    Petronas & MAS jadi kuda tunggangan kepada orang2 tertentu.

    Ketelusan para pemimpin2 Negeri & Federal , pegawai2 kerajaan ,agency kerajaan cara urustadbir Negeri & Negara Malaysia amat membosankan, rasuah , salah guna kuasa bermaharajalela, semuanya buta hati, buta mata!!!!!!!!!!!!!!!! bermaharajalela.

    Konsept 1 Malaysia , PM mengarut yang pasti orang melayu akan merampat di Negara sendiri ……….

    Come on PM , TPM , Menteri2… Ketua2 Menteri ….pls put on your thinking cap !!!!!!!!!!!!!!!!!!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s