Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

DS Najib bagi isyarat salah bersetuju bertemu Namewee.

Persetujuan PM Najib untuk berjumpa dengan Namewee telah memberi satu isyarat yang salah pada seluruh anak muda dan rakyat Malaysia.

Dengan persetujuan untuk bertemu seorang yang memaki hamun dan mencaci negara PM Najib telah memberi satu isyarat bahawa tidak menjadi satu kesalahan untuk menghina dan dan mencaci negara dan masih mendapat perhatian kerajaan.

Satu isyarat yang amat bahaya dan menampakan kelemahan pimpinan PM Najib. Adakah ini yang petadbiran Najib maksudkan sebagai kebebasan dan kretiviti anak muda?

PM Najib sekali lagi menunjukan kegagalan mendengar dan menghayati denyut nadi rakyat. Sepatutnya PM Najib tidak melakukan kesilapan sama seperti pentadbiran Abdullah Badawi. Kelemahan yang hampir sama dan menjadi kerajaan buta tuli.

Isu Namewee mungkin pada PM Najib satu isu ‘petty’ atau isu ‘sampah’ tapi tidak bagi rakyat majoriti. Isu Namewee satu isu maruah agama, bangsa dan negara. Satu isu yang tidak boleh dianggap ringan oleh petadbiran Najib Razak. Jika isu ini tidak diketengahkan PM Najib bakal menghadapi serangan dari dalaman berterusan.

Adakah PM Najib sudah bersedia untuk berdepan dengan serangan yang bakal meletakan beliau didalam situasi yang kritikal? Ini kebebasan bersuara yang anak muda mahukan dan ini kebebasan yang harus PM Najib terima.

Tidak mungkin lagi anak muda dan penyokong parti akan meluahkan rasa tidak puas hati secara tertutup kerana suaran kami tidak sampai kemana pun. Kami meluahkan rasa tidak puas hati terang-terangan kerana ini hak kami untuk meluahkan.

PM Najib harus lebih perihatin dan sensitive dengan keadaan sekitar beliau, kerana corak pimpinan beliau tidak menampakan sebarang perubahan dan tidak menampakan sebarang kebaikan pada rakyat peringkat rendah. Malahan ianya lebih membebankan sama sekali.

Berbalik semula kepada isu Namewee, PM Najib mahu atau tidak harus bertanggungjawab dan membatalkan terus perjumpaan beliau dengan Namewee. Ini yang kami tuntut dan kami luahkan secara terang. Kami bukan lagi golongan ‘YES SIR, YOU CAN DO WHAT EVEN YOU WANT SIR’. Kami mahu suara kami didengari dan diambil kira.

Ini suara yang memberi kedudukan pada kerajaan BARISAN NASIONAL. Hak kami wajib pertahankan.

3 Responses to “DS Najib bagi isyarat salah bersetuju bertemu Namewee.”

  1. buat mogok blog wahai BN/UMNO bloggers. Jangan tulis apa2 sehingga najib setuju batal jumpa si gila namewee

  2. SALAM PERJUANGAN…

    mohon untuk pautkan link blog sesama kita…

    alamijiwaparadox.blogspot.com

    terima kasih


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s