Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

UMNO Temerloh Anjur Demonstrasi Bantah Mat Sabu Bela Komunis

4 SEPTEMBER 2011: Penunjuk perasaan memijak poster wajah Mohamad Sabu di Temerloh sebagai tanda membantah kenyataan Timbalan Presiden Pas itu yang mengangkat komunis sebagai hero dalam Tragedi Bukit Kepong pada 1950. - Utusan/ALI MAHMOOD

 

Kira-kira 200 ahli UMNO Bahagian Temerloh dan parti komponen Barisan Nasional (BN) serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan demonstrasi membantah Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang mengangkat komunis sebagai hero dalam tragedi Bukit Kepong.

Bantahan itu diadakan di hadapan bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini selama kira-kira 20 minit sebelum mereka bersurai dengan memijak poster Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu.

Penyelaras demonstrasi tersebut, Razmi Sudin berkata, bantahan itu bertujuan menyampaikan rasa kesal mereka terhadap kenyataan Mat Sabu yang cuba menidakkan peranan polis ketika mempertahankan Balai Polis Bukit Kepong.

Katanya, Mat Sabu sanggup menafikan sejarah pengorbanan polis yang menggadai nyawa dalam tragedi itu semata mata untuk mencari populariti murahan.

”Dia sanggup menggadaikan maruah bangsa dan agama untuk menarik sokongan bukan Melayu terutamanya orang Cina.

”Bagi saya Mat Sabu bukan buta sejarah tetapi tidak mahu mengakui peranan dimainkan oleh tokoh UMNO dan parti-parti komponen BN dalam Perikatan ketika itu yang berjaya membebaskan negara ini daripada penjajah,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Tambah beliau, ahli UMNO dan parti komponen yang berjuang bermati-matian menentang Malayan Union sedangkan komunis melakukan keganasan dan kekejaman terhadap rakyat.

Katanya, kebijaksanaan pemimpin seperti Datuk Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Tan Cheng Lock, Tun V.T. Sambanthan dan beberapa tokoh lain membolehkan negara mencapai kemerdekaan tanpa pertumpahan darah.

”Kalau komunis yang menyerang Balai Polis Bukit Kepung itu hero, kenapa mereka bertindak kejam mencampak hidup-hidup seorang anggota polis ke dalam api serta turut membakar mayat anggota polis dan isteri mereka serta penduduk kampung yang terkorban ke dalam api.

”Jika Mat Indera tokoh agama, dia tidak akan membiarkan rakan-rakan anggota komunisnya itu bertindak kejam,” katanya.

Demonstrasi itu diadakan selepas ahli UMNO Bahagian Temerloh, parti-parti komponen BN dan beberapa NGO membuat 70 laporan polis terhadap kenyataan Mat Sabu semalam.

No Responses to “UMNO Temerloh Anjur Demonstrasi Bantah Mat Sabu Bela Komunis”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s