Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Prof. Datuk Abu Bakar A. Hamid bagi flying kick pada Mat Sabu.

Tindakan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu @ Mat Sabu Bintang 3 cuba ‘mengukuhkan’ kenyataannya bahawa Muhammad Indera dan rakan seperjuangan dalam Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong sebagai pejuang kemerdekaan nyata memakan diri.

Apa yang pasti,pemimpin nombor dua Pas itu perlu kembali ‘semula’ ke sekolah untuk belajar sejarah dengan lebih mendalam kerana dakwaan bahawa buku Pengukir Nama Johor yang diterbitkan Yayasan Warisan Johor (YWJ) pada 2004 menyokong kenyataannya, sebaliknya tidak menyatakan Muhammad atau Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan tetapi mengajak rakyat menilai siapa sebenarnya Mat Indera.

Editor buku tersebut,Prof. Datuk Abu Bakar A. Hamid yang membidas kenyataan kontroversi itu turut menegaskan bahawa Mat Sabu tidak layak menentukan siapa pejuang kemerdekaan negara yang sebenar kerana beliau bukan orang yang arif dalam bidang sejarah.

“Biarlah ahli sejarah yang arif dalam bidang sejarah menentukan siapakah sebenarnya pejuang kemerdekaan negara.Sebagai politikus (Mat Sabu) tidak layak mencampuri hal-hal sejarah kerana dia bukan orang yang arif dalam bidang itu. Ini kerana apabila orang yang bukan arif bercakap tentang sejarah, ia akan mengelirukan pemikiran masyarakat.

“Sebenarnya isi kandungan buku ‘Pengukir Nama Johor’ yang ditulis Ismail (Adnan) yang telah meninggal dunia tiga tahun lalu mengajak pembaca berfikir siapa sebenarnya Mat Indera yang terlibat dalam peristiwa berdarah Balai Polis Bukit Kepong 61 tahun lalu, sama ada hero atau pengkhianat negara?” katanya ketika dihubungi di sini.

Terdahulu pada sidang akhbar di sebelum ini,Mohamad Sabu yang kini lebih dikenali sebagai Mat Sabu Bintang 3 dengan ‘yakin’ mempertahankan kenyataannya bahawa Mat Indera dan pengganas komunis dalam peristiwa berdarah di Balai Polis Bukit Kepong sebagai pejuang kemerdekaan sebenar.

“Berdasarkan buku itu dari awal lagi saya yakin saya menang mengenai isu (Mat Indera) dan keyakinan itu diperkukuhkan lagi dengan bukti bahawa Penaung YWJ ialah Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman,malah bersama ahli akademik berwibawa yang dengan jelas menyatakan Mat Indera seorang pejuang dan bukannya komunis,” katanya.

Yang pastinya kalau editor buku itu sendiri sudah bersuara menegaskan bahawa Mat Sabu tak layak bercakap untuk menentukan siapa pejuang kemerdekaan, kita boleh nilai sendiri tahap mentaliti penyokong komunis yang sedang tengah tersepit ini!

Penulis buku ini sebenarnya mengajak pembaca untuk berfikir sejenak siapa Mat Indera ini sebenarnya. Samada beliau layak digelar hero atau pengkhianat negara atas penglibatan beliau dalam peristiwa berdarah Bukit Kepong 1950. Bukannya buku ini iktiraf Mat Indera sebagai pejuang dan bukan komunis.

Nampaknya blog-blog Pakatan Rakyat yang begitu asyik menayangkan bukti ini dan mempertahankan bahawa Mat Indera adalah pejuang sebenar melalui bukti buku ini dan bukan pengganas komunis nampaknya sudah ‘terkantoi’ sekarang dengan ‘game’ mereka!

Sama jugalah sebagaimana PAS selalu menggunakan petikan hadis yang sekerat dalam mempertahankan hujah-hujah fitnah mereka semasa ‘menghentam’ UMNO. Dalam kes ini mereka mengulangi perkara yang sama, hanya mengambil petikan yang boleh membantu mempertahankan hujah mereka tanpa memahami perkara atau cerita sebenar!

Nasihat untuk Mat Sabu Bintang 3,baca dan faham betul-betul isi kandungan buku tersebut sebelum nak putarbelitkan keadaan sebenar! Tak payahlah nak menegakkan benang yang basah kalau inilah tahap mentaliti anda. Tepuk dada, tanya selera! Wallahuallam.

Sumber SUARA BELANTAN 

No Responses to “Prof. Datuk Abu Bakar A. Hamid bagi flying kick pada Mat Sabu.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s