Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Mat Indera kekal pengganas KOMUNIS…

 

Selepas Timbalan Presiden Pas yang pernah ditangkap khalwat dengan isteri seorang sahabatnya mengeluarkan kenyataan bahawa ketua pengganas komunis yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong seorang wira kemerdekaan, makin banyak bloggers dan penyokong pembangkang memainkan isu Mat Indera ini.

 

Sekarang ada pula ahli keluarga ketua pengganas komunis Mat Indera meminta kerajaan mengikhtiraf beliau sebagai pejuang kemerdekaan. Isunya sekarang bukan kerana Mat Indera seorang pejuang atau tidak,isu sebenarnya ialah ideology yang didokong oleh beliau. Ideology komunis yang memilih keganasan sebagai cara untuk menuntut kemerdekaan.

 

Umum semua sedar bahawa komunis bertindak dengan ganas dan rakus memaksa masyarakat mengikut cara mereka. Secara keseluruhanya setiap negara yang mengamalkan ideology komunism adalah negara yang tidak mementingkan rakyat dan menindas rakyat.

 

Jika Mat Indera dikatakan bukan memperjuangkan komunis dan beliau hanya menjadikan platform komunis untuk berjuang apa jaminan beliau akan berjaya memastikan komunism tidak menindas rakyat dan memberi kebebasan beragama?

 

Apa jaminan yang Mat Indera akan berjaya memerdekakan negara ini sebagai satu negara demokratik dan menjamin kebebasan setiap masyarakat? Yang pastinya jika Mat Indera akan menjadi seorang mangsa pembunuhan kejam pihak komunis jika beliau bersuara menentang pemimpin-pemimpin tertinggi parti komunis.

Walaupun Mat Indera mempunyai latar belakang agama yang kuat bahkan menjadi anak murid kepada Allahyarham Hj Mohd Yassin Muhammad yang juga ayah kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin, namun tiada ertinya kerana beliau mendokong ideology komunis yang menafikan kewujudan tuhan

Allahyarham Hj Yassin Muhamad.

 

Adalah tidak wajar seorang yang menganggotai gerakan pengganas diabadikan sebagai seorang wira bangsa. Peristiwa Bukit Kepong cukup untuk membuktikan walaupun seseorang itu berasal dari latar belakang yang baik tidak semestinya kekal baik atau mulia. Wanita dan kanak-kanak dibunuh dengan amat kejam oleh kumpulan komunis yang diketuai oleh Mat Indera. Ini adalah hakikatnya.

 

Mat Indera BUKAN PEJUANG KEMERDEKAAN tetapi beliau adalah PENGGANAS KOMUNIS yang TIDAK BERHATI PERUT membunuh tanpa belas kasihan.

 

Sejarah telah membuktikan berulang kali bahawa pejuang komunis bukan pejuang kemerdekaan malahan mereka ini adalah pengganas yang kejam. Mat Indera kekal sebagai sebahagian dari komunis yang menganas dan menyebabkan rakyat sengsara. Mat Indera telah berada didalam sejarah tetapi bukan sebagai satu ikon yang boleh dibanggakan tetapi sebagai satu kenangan hitam dan memalukan kepada agama, bangsa dan negara.

 

Berhentilah dari memperbincangkan tentang pengganas komunis yang bernama Mat Indera ini, sudah cukup kenangan pahit dan sejarah hitam untuk seluruh rakyat Malaysia. Mat Indera Ketua Komunis yang menyerang balai Polis Bukit Kepong dengan ganasnya.


 

One Response to “Mat Indera kekal pengganas KOMUNIS…”

  1. ..cukuplah wahai Mat Shabu..tak usahlah jadi jurucakap DAP yg memuja komunis…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s