Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

AZIZ BARI AKUI TANAH MELAYU TAK PERNAH DIJAJAH

Penyokong kuat puak Pakatan, Prof Aziz Bari, hari ini mengakui bahawa negeri-negeri Tanah Melayu tidak pernah dijajah oleh British kecuali Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Serawak. Mat Sabu mesti bengang gila dengan kenyataan ini.

Aziz Bari terpaksa mengakui kebenaran kata-kata Prof Khoo Kay Kim walaupun terpaksa berlapik dengan mengatakan ianya hanya dari segi teknikal. Aziz Bari kata, secara teknikalnya memang negeri-negeri Melayu tidak dijajah tetapi hakikatnya tidak. Inggeris datang ke negeri-negeri Melayu melalui jemputan Raja-Rajanya dan menjadi pelindung kepada negeri-negeri Melayu.

Dalam memberi perakuan tersebut, sempat juga Aziz Bari menempelak Khoo KK yang kononnya hanya memperbesarkan perkara-perkara teknikal sahaja tetapi tidak kepada perkara yang hakikat. Entahlah, ini kerja-kerja bijak pandai…..nak ikut yang teknikal ke, nak ikut yang hakikat? Jangan esok lusa ada pulak yang berkata teknikalpun salah, hakikatnya pun salah, kena tengok pulak yang makrifatnya pulak.

Tapi Aziz Bari ni kalau berbunyi, tak kurang ajar tak boleh. Apa taknya, diakhirnya dalam membandingkan konsep penjajahan kuasa Raja-Raja dahulu dengan sekarang, ini katanya;

“Sama seperti hari ini, Raja-raja adalah ketua agama. Soalnya apakah mereka benar-benar ketua agama dalam erti kata yang sebenar? Tidakkah pentadbiran agama dijalankan oleh kerajaan?” 

Aziz Bari masih tetap tolol dan bangang seperti dulu juga, kalau dah nama ketua, takkan semua kerja ketua nak buat?

by: Tenggara is Southeast

No Responses to “AZIZ BARI AKUI TANAH MELAYU TAK PERNAH DIJAJAH”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s