Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

SIAPA MAT INDERA?

Sebelum kita sibuk mempertikaikan adakah Mat Indera pejuang kemerdekaan atau tidak, rasa eloklah kita kenal siapa Mat Indera sebenarnya. Kita jangan jadi seperti Mat Sabu yang berkokok keliling kampung tentang Mat Indera tetapi tidak mengenali siapa Mat Indera.

Nama sebenar Mat Indera ialah Muhammad bin Indera tetapi lebih dikenali sebagai Mat Indera atau Bong Mahmudiah yang dilahirkan pada 29 Disember 1920 di Batu Pahat, Johor. Bapanya Indera bin Mat Salleh berasal dari Siak, Sumatera dan merupakan anak kedua daripada 7 adik beradik. Ibunya Maimunah bt Daud berasal dari Batu Pahat. Selain itu, Mat Indera juga mempunyai 4 adik beradik tiri hasil perkahwinan kedua bapanya bersama Zainah bt Dasuki yang berasal dari Bukit Pasir, Muar. Beliau mula menjadi guru agama sejak berumur 18 tahun dan mengajar di Parit Stongkat, Muar pada tahun 1938 dan turut mengajar di Pontian pada tahun 1941.

Selepas British mengambil alih semula Malaya daripada Jepun, Mat Indera telah menubuhkan Malay Nationalist Party (MNP) pada tahun 1947 di Muar dan turut menjadi setiausaha Muar Malay Harbour Board Labour Union. Memandangkan modus operandi PKM merekrut kader-kader baru komunis melalui kesatuan sekerja, Mat Indera turut dijadikan sasaran apabila beliau mula direkrut oleh G.H Jasman, wakil Seksyen Melayu PKM bermula pada bulan Januari 1948 yang sering melawatnya dan berusaha mendoktrin Mat Indera dengan ideologi perjuangan komunis sehingga mendapat simpati Mat Indera.

Selanjutnya DISINI

11 Responses to “SIAPA MAT INDERA?”

  1. Isu ini mudah aje, kita merdeka 1957, Peristiwa Bkt Kepong 1952. Jadi askar ke polis ke semua jadi talibarut Penjajah. Jadi menentang golongan ini bukan bermakna derhaka, tetapi menentang penjajah. Jgn jadi emosi, hujah secara ilmiah, Mai kita tengok, apa syarat yang Inggeris kenakan kepada kita jika untuk merdeka, ? Kenapa Singapura diserah kepada pendatang asing? Mana maruah orang melayu? Apa kita buat kepada komunis la ni, tidakah diberi tempat tinggal, sedangkan anggota keselamatan tidak seselesa itu? siapa kianat siapa ?

    • Ternyata azmi dangkal sejarah atau jahil tentang sejarah. dia ni lebih banyak mendengar dari mulut individu yang juga dangkal sejarah tetapi berlagak pandai. Singapura bukan diserahkan oleh inggeris kepada orang asing, tetapi dia berpisah dengan Persekutuan Tanah Melayu setelah PM Tunku Abdul Rahman menjatuhkan talak tiga padanya selepas Tanah Melayu. Tolonglah dapat sumber maklumat yang telah disahkan sebelum membuat apa-apa komen. Jangan jadi orang yang mudah percaya dengan maklumat baru (yang mungkin berupa fitnah daripada orang munafik) sehingga kita menyemak kesahannya daripada beberapa sumber yang sah.

      • Sdr Azmi ni kurang pengetahuan tentang sejarah. Dia tak tau tentang ‘the plan’ dan agenda Lee Kwan Yew,Devan Nair dan lain2. Jd tak apa lah dia dengan pengetahuan dia yg dapat dari ceramah PAS…..biarkan dia. Kalau dia tanya dia tahu siapa Khaw Kai Boh mungkin dia pun tak tau…takpa la….; )

  2. 1-kesimpulannya kamu menyatakan siapa yg menentang komunis dulu adalah pengkhianat?

    2-isunya skrg ideology yg dibawa oleh Mat Indera ialah ideology komunism dan kamu terima ideology komunism?

    3-kamu menyokong keganasan dgn percaya Mat Indera adalah wira yg membunuh anak kecil dan wanita?

    4-sejak bila komunis perjuangkn kemerdekaan? Komunis masih melakukn keganasan sehingga 1989, adakah ini yg kamu kata pejuang?

    5-PAS sendiri ditubuhkn atas restu British, tujuan asal British merestu penubuhan PAS adalah utk memecah belahkan org Melayu dan PAS diperbodohkn.

    6-jika kamu kata penentang komunis adalah pengkhianat jd Kiai Salleh dan selempang merah serta Tentera Sabil Sg Manik jg adalah pengkhianat. Itu maksud kamu?

    7-jgn la terpedaya dgn dakyah Mat Sabu, sedangkan dia jatuh motor sendiri pun dikata dilanggar oleh Land Rover eh silap truk polis eh silap lagi Pajero..

  3. azmi : betapa dangkalnye pemikiran kamu.kesiannn….

  4. tetiba jer nama mat indera ni aku jd kenal,..aku xnak kenal sebenarnya,..tp suma ckp pasal dia,..membuatkan aku terpaksa mengenalinya,..apa pun klu dah nama pun kominis,..x kiralah apa bangsa sekali pun,..kominis tetap kominis,..klu dah nama pun kominis,..HANG SOKONG DIA NAK BUAT APA? BODOH…

  5. memang mat indera di anggap kominis….tapi kenapa… sebab perjuangan menentang anjing british ke??? bukan ke menentang penjajah itu perjuangan… di mana sejarah sebenar,,, di sembunyikan…. dan sedarkah pada masa tu sarjan kamil tu mati awal… dan pada masa serangan tu juga kaum anjing british ni tengah sebuk main judi…..

    • Fahamkan apa yg Mat Indera bawa dlm perjuangan.IDEOLOGY KOMUNISM. Kalau dia nak berjuang byk cara lain. Knp pejuang2 lain yg berhaluan kiri masih ada dlm lipatan sejarah seperti Pak Sako,Ahmad Boestamam dll? Knp tdk Mat Indera? KOMUNISM. Itu hakikatnya.

      Walaupun Mat Indera ada pendidikan agama tapi tidak ada makna semua itu krn dia pendokong KOMUNISM yang menolak kewujudan TUHAN dn tidak mempercayai agama. Jangan la jd barua PAS yg dah tolak ISLAM sebagai perjuangan…..insaf lah…..

  6. cerita kemerdekaan dan pejuang kemerdekaan yang ada adalah rekaan penjajah moden.. menjajah minda generasi dengan sejarah yang direka semula, sedangkan segala kebenaran di sembunyikan.,, ini lah tektik ahli politik yang tamak dan sanggup memadamkan sejarah demi kepentingan diri….

  7. depa ni semua bengong maklum lh jg kepentingan diri…..kita tetap kn perjuangan kita hidup PAS……………

    • Perjuangan PAS? ada ke? Mana ISLAM jd perjuangan dalam PAS? Nizar Jamaluddin sudah jelaskan dalam DUN Perak, sekarang perjuangan kebajikan/ sosialist…elok bebenor tu yeop….Hidup Mat Sabu 121…..habis normah dijilatnye…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s