Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Terima bantuan gereja kerana desakan hidup

Kesempitan hidup, membuatkan Asmah, 31, menerima apa juga bantuan yang tiba tanpa usul periksa.

Semuanya bermula apabila perniagaan makanan diusahakan jatuh merudum ditambah dengan sakit ketumbuhan di dalam perut membuat hidupnya semakin susah.

“Ketika itu saya mengalami masalah kewangan, perniagaan menghadapi masalah sehinggakan belanja sekolah empat anak dan sewa rumah tidak mampu bayar. Satu hari, sepasang suami isteri Islam datang ke gerai saya dan menawarkan bantuan.

“Katanya, dia tahu saya menghadapi masalah, pasangan itu memberitahu mereka dari pertubuhan kebajikan di Petaling Jaya,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, badan kebajikan yang diwakili pasangan terbabit banyak membantunya, sebagai permulaan, mereka membayarkan sewa rumah tertunggak RM1,800, kemudian bantuan bulanan RM500.

Menurutnya, pasangan itu memperkenalkan dia kepada seorang lelaki Kristian yang kononnya mampu menyelesaikan masalahnya.

“Saya dipertemukan dengan seorang pastor, kemudian dia memberikan sebuah buku Kisah Jalan Yang Lurus kata pastor itu, buku itu elok untuk dibaca.

“Pada awalnya saya masih tidak jelas dengan niat mereka, lama kelamaan mereka mesra dengan kami sekeluarga, sehinggakan anak-anak diberikan buku berkisarkan Mariam dan Nabi Isa,“ katanya.

Menurut Asmah, sejak daripada itu, dia sudah merasakan ada sesuatu tidak kena, dia sempat juga beberapa kali mengikuti kelas anjuran pasa-ngan terbabit di gereja dekat Damansara Utama dan Cheras.

“Setelah pasti dengan apa yang diajar itu salah, saya beberapa kali cuba mengelak untuk tidak sertai kelas tersebut, namun mereka datang mencari sampai ke rumah.

“Pastor yang menjaga saya itu tidak henti-henti menghubungi saya, setelah dua bulan terjebak dengan mereka, penyakit saya semakin serius, mereka juga pernah datang beramai-ramai ke rumah berdoa untuk kesembuhan saya,” katanya.

Asmah yang juga anak bekas imam berkata, beliau mula merasa terganggu dan takut dengan gangguan pihak kebajikan dan gereja terbabit dan beberapa kali melarikan diri, namun berjaya di kesan mereka.

“Saya cuba mendapatkan bantuan daripada agensi kerajaan, namun diberitahu, saya tidak layak atas alasan masih mempunyai suami.

“Saya diberhentikan kerja ketika itu, akibat sering ambil cuti untuk menjaga suami,” katanya.

Asmah ketika ditemui, baru sahaja menjalani pembedahan di perut dan dijangka akan melakukan sekali lagi pembedahan dalam masa terdekat ini. –SH

No Responses to “Terima bantuan gereja kerana desakan hidup”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s