Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Beza agama bukan alasan tolak perpaduan kaum

Perbezaan agama, adat dan budaya bukan alasan untuk masyarakat di negara ini mengetepikan aspek perpaduan sebaliknya elemen itu amat penting dalam sebuah masyarakat majmuk.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Semambu Datuk Phang Tsu Meng berkata, setiap kaum perlu bersatu dan saling hormat-menghormati bagi mewujudkan sebuah kehidupan yang aman dan harmoni.

Menurutnya, walaupun ada pihak sengaja memainkan isu sensitif bagi menggugat perpaduan kaum di negara ini, namun tindakan ini tidak mampu menggugat hubungan kaum yang sedia terjalin sejak sekian lama.

“Hubungan antara kaum di negara ini khususnya di Pahang tidak menghadapi masalah.

“Ini dibuktikan setiap kali menjelangnya bulan Ramadan, ramai dermawan dari kalangan bukan Islam tampil menghulurkan sumbangan kepada golongan yang memerlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sebelum majlis penyerahan sumbangan makanan kepada masjid dan surau dalam Dun Semambu di Surau Kampung Tiram dekat sini, semalam.

Tsu Meng berkata, sikap saling bantu membantu seperti ini akan menjayakan usaha kerajaan memupuk perpaduan kaum di negara ini.

“Sebarang tindakan yang menyentuh sensitiviti kaum dan agama patut dielakkan kerana ia boleh mengganggu gugat keharmonian negara,” katanya.

Dalam majlis itu semalam, sebanyak 12 masjid dan 30 surau dalam Dun Semambu menerima sumbangan masing-masing berupa bahan makanan untuk keperluan majlis berbuka puasa.

Beliau berkata, sumbangan daripada Kerajaan Negeri itu bukan peruntukan tetap sebaliknya perlu dimohon setiap tahun.

“Sumbangan seperti ini sudah menjadi tradisi dan diadakan setiap tahun menjelang bulan Ramadan,” katanya.

No Responses to “Beza agama bukan alasan tolak perpaduan kaum”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s