Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Benar atau tidak konspirasi dlm UMNO?

Cerita tentang pertemuan Anwar dan Tengku Razaleigh adalah satu cerita yang bukan lagi rahsia dan telah diakui kedua-dua pihak.

Bagaimana pula dengan hubungan antara Khairy dan Pak Lah dalam isu ini? Apa sebenarnya berlaku diantara keempat-empat watak ini?

Mungkin benar ada konspirasi untuk menjatuhkan UMNO. Bagi Khairy Jamaluddin selaku Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan menantu Pak Lah, beliau telah menafikan menjadi orang perantaraan antara Anwar dan Pak Lah tetapi sejauh mana kebenaran penafian beliau?

Umum mengetahui beliaulah yang bertanggungjawab menyerahkan pasport kepada Anwar. Atas kapasiti apa beliau membuat penyerahan tersebut? Ketua Pemuda atau menantu kepada Perdana Menteri ketika itu?

Siapa yang berani mendedahkan konspirasi ini jika benar-benar wujud? Ketika ini Dato’ Seri Najib Razak Perdana Menteri Malaysia berhadapan dengan tugas yang amat berat. Pertama sekali beliau terpaksa berdepan dengan barisan menteri-menteri kabinet pilihan Pak Lah, keduanya beliau terpaks mencuci segala kemusnahan yang dilakukan oleh kelemahan pentadbiran Pak Lah dan menantunya, ketiga beliau terpaksa berdepan dengan barisan pembangkang hasil daripada polisi ‘keterbukaan’ Pak Lah.

Ketiga-tiga tugas berat ini ditambah pula dengan serangan-serang peribadi dari dalam dan luar parti. Dato’ Seri Najib nampaknya terpaksa mengatur pecaturan yang lebih bijak bagi menangani semua masalah-masalah yang dihadapi.

Kita akan cuba membongkar jika benar ada berlakunya konspirasi besar untuk menjatuhkan UMNO. Insyaallah kita ada dapat kebenaran dan dapat mengetahui siapa dalang disebalik ini semua.

Posted with WordPress for BlackBerry.

No Responses to “Benar atau tidak konspirasi dlm UMNO?”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s