Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

ISLAM dikeldaikan lagi oleh kafir di Selangor.

Isu serbuan keatas Gereja Methodist Damansara Utama membuktikan kerajaan Pakatan Rakyat mengenepikan keutamaan umat ISLAM. Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim memohon maaf kepada paderi gereja tersebut.

JAIS membuat serbuan kerana mendapat laporan bahawa ada unsur-unsur untuk memurtadkan umat ISLAM bukannya menyerbu sesuka hati mereka. Isu ini diapi-apikan pula oleh puak-puak pembangkang dengan mengaitkan UMNO pula.

Adalah tidak masuk akal fikiran untuk mengaitkan sebarang tindakan JAIS dengan UMNO yang hanya sebagai pembangkang di Selangor. Jelas sekali ini menunjukan kerajaan pakatan di Selangor cuba menutup kelemahan mereka.

Dalam hal ini ISLAM telah sekali lagi dikeldaikan oleh Pakatan Rakyat. Tidak menjadi satu kejutan jika selagi kerajaan pakatan meneraju Selangor ramai lagi umat ISLAM akan murtad. ISLAM sentiasa akan menjadi sasaran dan sentiasa dituduh dengan pelbagai tuduhan.

Dimanakah kesucian ISLAM bila dan maruah ISLAM di Selangor? Selama ini tidak bebaskah agama lain menjalankan kegiatan agama mereka? Mengapa ISLAM sentiasa dihina oleh kafir semenjak pakatan menerajui Selangor?

Hasan Ali sebagai Exco agama tidak langsung dihormati dan tidak langsung dibenarkan bertindak menjaga kepentingan ISLAM. Jika beliau bertindak sentiasa saja dipertikan bukan hanya dikalangan DAP malahan dari kalangan PAS sendiri.

Inilah cara Pakatan menjaga kepentingan ISLAM dan maruah Agama suci ALLAH swt. Terima kasih Pakatan Rakyat yang memijak-mijak kesucian ISLAM.

Posted with WordPress for BlackBerry.

One Response to “ISLAM dikeldaikan lagi oleh kafir di Selangor.”

  1. Tahniah hadi, tahniah ajis, tahniah semua puak2 munafik berserban berparti bulan, anda telah berjaya menunjukkan hati perut kepala lutut anda sebenar…………..TAHNIAH..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s