Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Agih projek pembangunan secara sama rata

 Kerajaan tidak akan bersikap pilih bulu dalam usaha membangunkan rakyat di negeri ini kerana apa yang penting adalah memastikan semua kelompok masyarakat hidup dalam keadaan lebih selesa dan sejahtera.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenor, Datuk Tan Mohd Aminuddin Ishak berkata, setiap kelompok masyarakat yang memerlukan bantuan akan dibantu bagi membolehkan mereka turut menikmati arus kemajuan.

Menurutnya, kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak mengamalkan sikap pilih bulu atau pilih kasih dalam mengagihkan projek pembangunan kerana ia adalah untuk kepentingan bersama dan bukan atas sebab peribadi.

“Tidak timbul isu jika ada pihak yang sengaja membuat tuduhan tidak berasas dengan mengatakan bahawa kerajaan pemerintah mengamalkan dasar pilih kasih.

“Semua kelompok masyarakat adalah penting maka konsep gagasan 1Malaysia amat bertepatan dalam membentuk komuniti negara yang aman,” katanya kepada Sinar Harian.

Tan Mohd Aminuddin berkata, rakyat harus sentiasa berpegang kepada nilai kasih sayang, hormat-menghormati, mempunyai belas ihsan, prihatin dalam menjaga keharmonian masyarakat.

Menurutnya, nilai itu akan memastikan mereka dapat memahami sesuatu kejadian daripada sudut pandangan dalam dan luar.

“Kita perlu meletakkan nilai ilmu pada tempat yang paling tinggi serta teruskan menguasai ilmu serta memanfaatkannya sebaik mungkin.

“Namun malangnya, dalam dunia sekarang ini, sebahagian daripada orang yang berilmu gagal untuk menjadi pemimpin dengan ilmu sebaliknya merosakkan orang lain pula,” katanya.

No Responses to “Agih projek pembangunan secara sama rata”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s