Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Jangan melatah biar JAIS perjelaskan.

Sebagai umat ISLAM tidak perlu kita melatah tentang serbuan pihak JAIS keatas sebuah gereja yang mengadakan jamuan makan malam tempoh hari.

Mungkin JAIS ada sebab-sebab tertentu melakukan serbuan itu demi menyelamatkan aqidah umat ISLAM. Jangan dipolitikan isu sebegini. Kita harus ingat didalam perlembagaan Malaysia ISLAM ADALAH AGAMA PERSEKUTUAN dan sudah pasti masalah dan persoalan umat ISLAM harus dititik beratkan.

Kita marah dan menentang isu Lina Joy dan apabila ada tindakan untuk menyelamatkan atau menyiasat cubaan memurtadkan umat ISLAM kita juga yang mempolitikan isu berkenaan.

Cukup dengan pelbagai hinaan yang kita terima dari orang-orang kafir, umat ISLAM harus bersatu dalam menangani isu aqidah umat. Mengapa harus kita mempolitikan isu ini? Tidak kira dari mana arahan yang diterima oleh JAIS yang pastinya tindakan mereka harus dilihat secara positif.

Isu arak, isu pelacuran, isu pusat maksiat tidak sepatutnya kita politikan, semua isu ini adalah isu umat ISLAM. Kita tidak perlu peduli dengan orang-orang kafir yang sentiasa diselubungi maksiat yang harus kita perhatikan ialah aqidah umat ISLAM.

Musuh-musuh ISLAM sentiasa mencari jalan untuk menghancurkan ISLAM dan tidak terkecuali antara mereka juga mengapi-apikan isu serbuan ini. Kerajaan pusat harus mengutamakan ISLAM dan pastikan syariat ISLAM sentiasa berkembang dan terjaga.

Oleh itu jangan kita persalahkan JAIS dalam isu serbuan ke gereja ini. Mungkin ada hikmah sebalik apa yang terjadi.

Posted with WordPress for BlackBerry.

No Responses to “Jangan melatah biar JAIS perjelaskan.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s