Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Satukan kaum India baru buat tuntutan.

Rasanya terpaksa juga hal ini diperbincangkan. Mahu atau tidak, suka atau tidak isu berkaitan kaum India harus diketengahkan.

Presiden MIC ada menyatakan beliau tidak bersetuju jika IPF atau MIUP dimasukan kedalam Barisan Nasional. Mungkin Datuk G.Palanivel ada alasan tersendiri namun kita harus memahami keadaan yang sebenarnya.

Mengapa terlampau banyak parti politik kaum India atau parti politik majoriti kaum India? IPF, MIUP, Makkal Sakti, PPP, PSM dan MIC? Mengapa MIC gagal menyatukan kaum India dalam satu parti?

Ini tidak termasuk dengan kaum India yang berada dalam PKR dan DAP. MIC sepatutnya berusaha untuk memajukan kaum India dan menyatukan mereka dalam satu parti.

Sudag lebih 50 tahun MIC sepatutnya tidak perlu berhadapan dengan tentangan yang amat kuat dari kaum India yang berada diluar MIC. Yang lebih menyedihkan lagi bila kegagalan MIC memperjuangkan dan menjaga kaum India yang dipersalahkan ialah UMNO.

Apa salah UMNO jika MIC yang gagal menjamin kesejahteraan kaum India? Peluang yang diberi amat luas kepada MIC dan kaum India dan UMNO tidak mencampuri urusan MIC namun tetap juga kaum India menyalahkan UMNO.

Presiden MIC terdahulu Samy Vellu tidak dipersalahkan tetapi UMNO akhirnya dijadikan kambing hitam. Yang dihina bukan MIC atau Samy Vellu tetapi UMNO dan pemimpin-pemimpin Melayu.

Kini Presiden baru MIC G.Palanivel menyuarakan tidak setuju jika ada parti lain kaum India bernaung dibawah Barisan Nasional. G.Palanivel sepatutnya mencari jalan agar mendapat semula kepercayaan kaum India semula untuk menyokong MIC.

MIC sepatutnya menjadi parti yang menjaga kaum India bukan parti elitis yang memperjuangkan sekelompok kaum India sahaja. Cukuplah sudah menyalahkan UMNO.

MIC harus membuktikan kekuatan mereka sebelum menuntut apa-apa dari UMNO. MIC harus menghormati ‘kontrak social’ sebelum menjadikan UMNO sebagai kambing hitam.

PRU13 menjadi medan untuk MIC membuktikan mereka masih releven. Bersatu atau jadi sebahagian dalam lipatan sejarah.

Posted with WordPress for BlackBerry.

No Responses to “Satukan kaum India baru buat tuntutan.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s