Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Pas sudah cukup kaya

Cukuplah menderma untuk Pas. Parti itu sudah cukup kaya sekarang. Derma yang dihulurkan hanya untuk mengenyangkan perut-perut pemimpin Pas.

Pas hari ini tidak seperti dahulu, sudah miliki bangunan besar, mesyuarat di hotel mewah dan pemimpin bernikah dua tiga.

Ini adalah realiti Pas hari ini, lihat Pemuda Pas Kelantan sudah mampu membeli bangunan bernilai jutaan ringgit, lihat Pas Kota Bharu mengadakan mesyuarat Pas kawasan di Kelantan Trade Centre yang harganya amat mahal.

Orang Pas di kampung sanggup menderma wang ringgit demi perjuangan tetapi yang di atas senang lenang kaya raya. Pemimpin Pas menipu ahli-ahlinya. Nafsu mereka sama saja, tidak kurang atau lebih dari UMNO. Cuma Pas lebih menjijikkan kerana mereka menggunakan agama untuk menipu ahli-ahlinya.

 

Lihat Datuk Wan Rahim, Takiyuddin, Nasruddin Daud dan Wan Ismail, semuanya isteri lebih dari seorang. Lihat juga kereta yang dipandu, Mercedes. Lihat juga rumah mereka. Mungkin di Kota Bharu kecil tetapi di Kuala Lumpur besar.

Jadi berhati-hati dan berfikir panjang sebelum menderma kepada tabung Pas. Setiap duit yang didermakan itu tidak pernah diaudit dan pemimpin Pas boleh buat apa saja ke atas duit tersebut.

Advertisements

No Responses to “Pas sudah cukup kaya”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s