Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Siapa penganti Tengku Azlan di Jerantut???

Badan Perhubungan UMNO Pahang masih belum berbincang dan memberi respon mengenai hasrat Ahli Parlimen Jerantut, Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar, yang mahu mengundur diri dari arena politik pada Pilihan Raya Umum (PRU) 13 kelak.

Pengerusinya, Datuk Seri Di Raja Adnan Yaakob berkata, hasrat Tengku Azlan itu masih belum dibincangkan dengan melihat situasi politik semasa kini tidak sesuai untuk membuat pengunduran atau sebarang keputusan.

Menurutnya, walaupun Tengku Azlan sudah menyatakan hasratnya, namun keputusan tidak boleh dibuat hanya sebelah pihak sahaja sebaliknya perlu melihat kepada denyut nadi rakyat dan pucuk pimpinan parti.

:“UMNO Pahang perlu memikirkan terlebih dahulu hasrat beliau, namun akan tiba masanya nanti pertemuan akan diadakan dengan Tengku Azlan untuk mencari keputusan terbaik.

“Siapakah yang boleh ganti beliau (Tengku Azlan) di Parlimen Jerantut? Selama tiga penggal sebagai Ketua UMNO dan Ahli Parlimen Jerantut, beliau menunjukkan perkhidmatan yang cukup memuaskan khususnya agenda pembangunan serta perpaduan penduduk di sini,’’ katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media, selepas Majlis Perjumpaan Menteri Besar Pahang, dengan ketua kampung, wakil Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan komponen parti BN, di Dewan Majlis Daerah semalam.

Adnan berkata, hasrat mengundur diri dari arena politik yang disuarakan Tengku Azlan, meninggalkan kesan bukan sahaja kepada rakyat namun juga Badan Perhubungan UMNO negeri ini.

Menurutnya, agak sukar mencari tokoh pengganti beliau (Tengku Azlan) yang cukup berpengalaman dalam arena politik dan kejayaan menyatukan penduduk menerusi perjuangan UMNO di negeri ini.

“Hasrat berundur itu perlu dibincangkan lebih lanjut bersama beliau sendiri apabila tiba masanya kelak,” katanya.-Sinar Harian

No Responses to “Siapa penganti Tengku Azlan di Jerantut???”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s