Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Pembangkang hanya tahu bantah keputusan kerajaan: Najib

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, pihak pembangkang akan sentiasa membantah apa sahaja keputusan yang dibuat kerajaan bagi menambahbaik sistem pilihan raya di negara ini.

Katanya, apabila kerajaan mahu memperkenalkan penggunaan biometrik bagi mengesahkan pengundi pada pilihan raya, mereka akan mengatakan penggunaan dakwat kekal adalah lebih baik dan percaya jika kerajaan mahu menggunakan dakwat kekal, pembangkang akan mengatakan biometrik lebih baik.

“Mereka sekadar mahu membantah apa juga yang kita lakukan. Mereka mahu jadikannya isu kontroversi dan mencari kesalahan.

” Tiada pendirian konstruktif di pihak mereka. Mereka bukannya mahu mencari sesuatu yang dapat menambahbaik sistem, mereka hanya mahu mencari kelemahan dalam sistem itu,” katanya selepas menghadiri Himpunan Belia 1Malaysia di Mini Stadium Pendang, hari ini.

Beliau berkata, kerajaan memutuskan untuk menggunakan sistem biometrik kerana ia merupakan sistem yang saintifik dan tidak boleh dimanipulasi berbanding dengan dakwat kekal.

“Bagi dakwat kekal, anda boleh kenal pasti sumbernya…anda boleh dapat daripada sumber-sumber lain dan buat perkara yang sama. Ia satu kerugian kepada rakyat yang tidak dapat pergi (mengundi),” katanya. – Bernama

No Responses to “Pembangkang hanya tahu bantah keputusan kerajaan: Najib”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s