Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Nik Aziz Terima Biometrik, Pas Tolak Biometrik – Mana Satu Ni!!!!

Pening dan semakin dalam kemelut kepimpinan Pas. Terbaru Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat menyokong sistem biometrik yang akan digunakan pada pilihan raya umum akan datang jika terbukti tiada penyelewengan dalam pelaksanaannya.

Harakahdaily hari ini melaporkan Presiden Pas, Datuk Seri  Abdul Hadi Awang berkata cadangan SPR untuk menggunakan keadah biometrik bagi menyelesaikan isu pengundi hantu dan pengundi bertindih bukan penyelesaian yang sebenar.

Abdul Hadi berkata malah ia juga terdedah kepada manipulasi pihak yang mengendalikannya kerana hanya segelintir sahaja yang ada kepakaran dan terlibat mengendalikan biometrik. “Pas tetap berpendirian untuk mendesak supaya SPR menggunakan dakwat celup jari ketika mengundi bagi membasmi pengundi hantu dan juga pengundi yang mengundi banyak kali dalam setiap pilihan raya,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini akhbar melaporkan sistem biometrik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang akan digunakan SPR untuk pengesahan pengundi pada pilihan raya umum akan datang kebal daripada manipulasi dan tidak boleh ditembusi kepada penyalahgunaan oleh pihak berkepentingan untuk menipu ketika pilihan raya.

SPR turut membidas pembangkang yang terlalu cepat menolak sistem biometrik untuk digunakan pada pilihan raya umum sebelum sempat melihat dan menilai keberkesanan sistem berkenaan.

Pada Jumaat lalu, Nik Aziz ketika ditemui selepas melancarkan Ijtimak Pilihan Raya Negeri Kelantan, turut menegaskan sekiranya sistem biometrik itu memberi kebaikan maka perlulah dilaksanakan.

Sehubungan itu, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, PAS bersedia untuk mendengar taklimat dan penjelasan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung sistem biometrik itu.

“Apa juga sistem sekali pun yang membawa kebersihan kita sokong… yang tidak membawa kebersihan mesti ditentang, yang boleh meragukan juga mesti ditentang. “Kita boleh jumpa SPR, ada benda boleh bincang… boleh soal jawab. Terima kasih kalau SPR nak buat itu, lepas taklimat kita dengar dan kita bincang,” katanya ketika ditanya mengenai sistem biometrik yang akan diperkenalkan SPR itu.

Datuk Husam Musa juga dilihat cuba mencabar Nik Aziz apabila mengeluarkan kenyataan sebagai Naib Presiden Pas bahawa  parti itu mengambil keputusan menolak cadangan kerajaan untuk menggunakan sistem biometrik dalam pilihan raya di negara ini seperti yang diumumkan oleh SPR baru-baru ini.

Penolakan Pas terhadap sistem biometrik kerana diyakini sistem tersebut tidak berkemampuan menyelesaikan masalah pengundian bertindih dan menghalang masalah yang berlaku dalam pilihanraya di negara kita sejak sekian lama.

menjelaskan lanjut katanya Pas tetap bertegas untuk menggunakan dakwat kekal kerana hanya dengan cara itu yang dapat mengatasi masalah pengundian bertindih dalam pilihanraya di negara kita.

–KELATEKITO.NET

No Responses to “Nik Aziz Terima Biometrik, Pas Tolak Biometrik – Mana Satu Ni!!!!”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s