Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Melayu tersisih terus di Pulau Pinang.

 

2 hari berada di Pulau Mutiara MM menyaksikan bagaimana keadaan di pulau yang menjadi daya penarik pelancong ke negara ini. Amat menyedihkan bila seorang sahabat warga Pulau Pinang menceritakan bagaimana orang-orang Melayu di Pulau Pinang disisihkan dan diketepikan dari semua segi.

Pemilikan rumah dipulau itu menampakan bagaimana bangsa Melayu dihalau keluar dengan kos perumahan yang mencecah jutaan ringgit. Projek-projek perumahan semua adalah perumahan mewah. Peniaga-peniaga Melayu tidak diberi lesen berniaga dengan mudah, kawasan-kawasan perniagaan orang Melayu diletakan dikawasan yang kurang pelancong. Lain pula bagi orang-orang cina yang diberi keutamaan meniaga diserata tempat strategik pelancongan walaupun tidak mempunyai lesen perniagaan. Kawasan perumahan cina yang dahulunya kawasan setinggan kini mempunyai geran pemilikan dan kawasan orang-orang Melayu yang nyata mempunyai geran dijadikan kawasan setinggan.

Inilah cara DAP membunuh orang-orang Melayu di Pulau Pinang. Flat kos rendah 2 bilik boleh menjangkau ratusan ribu ringgit dan ini menyebabkan orang-orang Melayu terpaksa keluar dari pulau tersebut. Jelas sekali ada berlakun ya pembersihan etnik disana. Mematikan perniagaan orang-orang Melayu dan memperketatkan syarat pekerjaan di kawasan pulau. Dimanakah wakil-wakil rakyat Melayu didalam kerajaan Pakatan? Mengapa mereka senyap dalam memperjuangkan nasib bangsa Melayu?

Cukup jelas kerajaan Pakatan yang dipimpin oleh DAP bersikap RASIS dan berusaha membunuh  orang-orang Melayu di Pulau Pinang. Masihkah kita mahu berdiam diri?

Barisan Nasional pimpinan UMNO harus tegas dalam perjuangan untuk menang di Pulau Pinang. Ketika ini hanya UMNO mempunyai kerusi didalam DUN. UMNO mempunyai 11 kerusi dan parti-parti lain didalam komponen tiada kerusi kerana tewas kesemuanya. Sudah sampai masanya kerusi dan jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang dipegang oleh UMNO. Gerakan mahu pun MCA seharusnya memikir dan mencermin diri mereka sendiri sebelum membantah atau mengugut keluar dari Barisan Nasional. Nyata sekali selama ini UMNO yang banyak bekorban demi memperjuangkan nasib rakyat.

Pulau Pinang harus di tawan semula dan UMNO harus mengetuai agenda menawan semula pulau mutiara kebangaan negara. Dalam tempoh 3 tahun selepas kekalahan BN di pulau Pinang sudah nampak UMNO lah yang bertungkus lumus memperjuangkan nasib rakyat disana. Ketua Menteri Pulau Pinang wajib diberikan kepada UMNO.

Orang-orang Melayu diPulau Pinang perlu pembelaan dan hanya UMNO dapat membela nasib mereka  bukan Gerakan, MCA,PKR, PAS mahupun DAP. HANYAUMNO SAHAJA MAMPU MEMBELA NASIB RAKYAT PULAU PINANG..

No Responses to “Melayu tersisih terus di Pulau Pinang.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s