Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Tidak Perlu Wakil NGO Dalam SPR – Penganalisis

Cadangan Majlis Peguam agar badan bukan kerajaan (NGO) turut dibenarkan menganggotai senarai jawatankuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menambah baik sistem pilihan raya di negara ini dilihat hanya akan menjatuhkan imej SPR.

Menurut beberapa penganalisis, sebagai sebuah badan yang dipertanggungjawab untuk menguruskan perjalanan sistem pilihan raya, SPR harus bebas dari sebarang kecenderungan politik.

Agak sukar untuk melihat sama ada NGO benar-benar bebas atau mempunyai agenda tersendiri.

Pensyarah Kajian Politik dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Md Shukri Shuib berkata sistem yang diguna pakai SPR boleh ditambah baik, tetapi dengan kemasukan wakil-wakil NGO yang mempunyai kepentingan tersembunyi, ia hanya akan mengkucar-kacir sistem pentadbiran SPR.

“Usaha penambahbaikan bukanlah bermaksud menambah jumlah ahli di dalam SPR, tapi mungkin boleh diperbaiki prosedur atau diberikan idea-idea yang segar dan logik, tidak semestinya menjadi panel SPR.

“Jika Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) dipilih menjadi ahli panel SPR, bagaimana pula dengan hak NGO lain di Malaysia,” katanya kepada Bernama bagi mengulas cadangan Majlis Peguam supaya keahlian jawatankuasa SPR turut diperuntukkan kepada wakil NGO.

Pada masa yang sama, Md Shukri berkata Majlis Peguam itu sendiri perlu ditambah baik agar lebih telus dan adil dalam mengadili sesuatu perkara.

“Perbetul diri sendiri dulu kerana Majlis Peguam sekarang sudah capai tahap layak didaftar sebagai parti politik.

“Kita lihat dia sudah lari dari tema asal dia untuk menjaga kepentingan ahli yang terlibat dalam bidang guaman. Dia sibuk berpolitik sehingga terabai objektif asalnya,” kata beliau.

Dalam nada yang sama, Penolong Profesor di Kulliyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Shamrahayu Abd Aziz berkata walaupun cadangan tersebut dilihat baik, namun turut dibimbangi sekiranya wakil-wakil NGO tidak dapat lari dari kecenderungan berpolitik.

“Ironinya NGO ada pengaruh politik, kita tidak boleh elak, sebab semua orang ada agenda politik tersendiri, dan wakil-wakil ini ada hak mengundi dan tak boleh duduk di atas pagar,” katanya.

Beliau juga berkata jika wakil-wakil NGO mahu dimasukkan ke dalam SPR, maka pindaan juga terpaksa dilakukan terhadap Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan (Keanggotaan Suruhanjaya Pilihan Raya).

SPR memiliki lima ahli jawatankuasa.

Timbalan Presiden Majlis Belia Selangor, Badrul Hisham Badrudin berkata SPR perlu bebas daripada dianggotai oleh mana-mana wakil parti politik atau NGO.

“Wakil NGO tidak perlu dilantik menganggotai SPR. Tetapi wakil NGO perlu diberi peluang untuk dibawa berbincang bersama sama ada dalam bentuk forum atau seminar,” katanya.-BERNAMA

No Responses to “Tidak Perlu Wakil NGO Dalam SPR – Penganalisis”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s