Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

SUHAKAM Kumpul Maklumat Penindasan Pas Terhadap Orang Asli

GUA MUSANG – Cahaya kebenaran kian menyinsing terhadap penindasan kerajaan Pas Kelantan ke atas nasib orang Asli di Gua Musang.

Kebenaran itu akan membuka 1001 keaiban penyelewengan yang berlaku di Lojing, Kuala Betis, Pos Hendrop dan banyak lagi kawasan orang Asli yang telah dirampas kerajaan Pas Kelantan demi projek ladang rakyat dan hasil balak untuk kepentingan politik mereka.

Malahan hasil negeri boleh dipertikaikan kerana menurut laporan Bernama – Timbalan Menteri Besar  Datuk Ahmad Yacob pernah berkata sehingga kini 50,000 hektar tanah di negeri Kelantan telah dibangunkan untuk projek ladang rakyat, melibatkan 4,500 peserta dengan 10 buah syarikat dilantik untuk membangunkan kawasan projek itu dan hasil keluaran ladang rakyat sejak 2006 sehingga sekarang adalah RM49 juta. Dalam tempoh lima tahun, dengan keluasan 50,000 hektar, kerajaan Pas hanya dapat RM49 juta — logikkah perolehan itu.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) sedang mengumpul maklumat daripada masyarakat Orang Asli seluruh negara bagi menyelesaikan isu tuntutan tanah adat dan hak-hak lain membabitkan kaum berkenaan.

Pengerusinya Tan Sri Hasmy Agam berkata setiap maklumat dan aduan yang dikemukakan Orang Asli adalah rahsia dan laporan mengenainya akan dibentangkan di Parlimen.

“Kami jangkakan perkara ini dapat disiapkan Julai tahun depan, tetapi kini masih lagi memerlukan banyak maklumat daripada masyarakat Orang Asli sama ada berhubung isu tanah adat, kehidupan, pelajaran dan sosial mereka.

“Kita mengambil kira semua aspek berhubung isu terbabit kerana kita tidak  tahu ada kepincangan selepas ini yang menyukarkan penyelesaian seterusnya,” katanya.

Dalam Inkuiri Nasional itu, masyarakat Orang Asli dipanggil untuk memberi maklumat secara rahsia. Turut hadir wakil Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Pejabat Tanah dan Galian Negeri (PTG) Kelantan, Jabatan Hutan Kelantan dan Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang.

Hasmy berkata isu tanah adat perlu diselesaikan secara baik dan teratur demi masa depan kaum itu.

Hasmy berkata SUHAKAM, yang menjadi orang tengah dalam menyelesaikan isu berkenaan, mendapat kerjasama daripada pelbagai jabatan kerajaan termasuk kementerian terbabit.

Isu ladang rakyat menimbulkan kemarahan beberapa pihak apabila 500 Orang Asli berdemonstrasi menuntut kerajaan Pas  menyerahkan kembali tanah adat mereka di hadapan pejabat Tanah dan Galian Gua Musang serta menyerahkan memorandum pada 18 Mei lepas.

Pada 16 Mei lalu, kira-kira 1,000 daripada berapa badan bukan kerajaan (NGO) Kelantan dan Pemuda Umno mengadakan demonstrasi dengan berpakaian merah membantah projek ladang rakyat kerana didakwa berlaku penyelewengan di hadapan pejabat kerajaan negeri, Kota Darulnaim, Kota Baharu.

Pada 27 April lepas, tiga lelaki kaum Orang Asli Temiar dari Pos Belatim memfailkan permohonan kepada Mahkamah Tinggi Kota Baharu supaya menghalang kerajaan PAS Kelantan daripada meluluskan tanah di Pos Belatim, Gua Musang kepada Perbadanan Ladang Rakyat Negeri Kelantan untuk projek Ladang Rakyat.

-KelateKito.net

No Responses to “SUHAKAM Kumpul Maklumat Penindasan Pas Terhadap Orang Asli”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s