Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

JAWAPAN SPR TERHADAP 4 TUNTUTAN “BerSHIT”..!!!

Ini adalah jawapan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terhadap 4 tuntutan perhimpunan haram jadah “bersih” yang sememangnya bermotifkan politik semata-mata. Membuat tuntutan yang tidak munasabah dan masuk akal tanpa disertakan bukti yang tepat.

Ini adalah antara permintaan perhimpunan haram jadah “bersih” tersebut:-

1. Bersihkan Senarai Undi – (Pengundi Hantu)

JAWAPAN SPR – Isu pengundi hantu tersebut hanyalah bersifat tomahan yang sengaja diadakan pihak tertentu bertujuan memburukkan SPR sedangkan perkara tersebut tidak pernah dibuktikan oleh mana-mana pihak. SPR seringkali meminta pihak yang membuat tuduhan supaya mengemukakan bukti seperti nama pengundi hantu yang didakwa, tetapi sehingga hari ini, SPR tidak pernah menerima senarai nama tersebut.

2. Mereformasikan Undi Pos – Anggota polis dan tentera tidak bertugas dan harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.

JAWAPAN SPR – Andainya ada sistem pengundian pos ini dihapuskan, ia boleh menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam kerana anggota tentera dan polis tidak dapat menjalankan tanggungjawap mereka menjaga keselamatan kerana terpaksa berada di tempat mengundi. Ia tidak boleh dihapuskan sama sekali kerana masih ada pelajar dan rakyat Malaysia yang tinggal diluar negara layak untuk mengundi.

3. Penggunaan Dakwat Kekal – Untuk mengelakkan seseorang dari mengundi 2 kali.

JAWAPAN SPR – SPR akan menggunakan kaedah sistem BioMetrik sebelum memberikan kertas undi kepada pengundi:

A. Identiti pengundi akan disahkan berdasarkan MyKad

B. Pemilik MyKad perlu meletakkan ibu jari tangan di mesin pengimbas dan maklumat yang tertera harus sama dengan maklumat MyKad.

C. SPR menyemak sama ada nama pengundi itu telah mengundi ataupun sebaliknya dan jikalau tersenarai dalam daftar pengundi kawasan berkenaan, sekiranya sama maklumat disahkan barulah dibenarkan mengundi.

4. Masa kempen minima 21 hari – Memerlukan masa lebih panjang untuk calon menyebarkan maklumat.

JAWAPAN SPR – Peruntukkan undang-undang sedia ada memberikan kuasa kepada SPR menentukan tempoh berkempen dengan syarat ia tidak kurang daripada 7 hari. Dalam menentukan tempoh berkempen, SPR mengambil kira beberapa faktor seperti iklim politik, perihal keselamatan dan ketenteraman awam serta pandangan daripada parti-parti politik yang rata-rata bersetuju dengan tempoh berkempen yang dilaksanakan ketika itu.

Tempoh 7-9 hari adalah bersesuaian bagi kesemua parti, lebih-lebih lagi parti politik yang kecil saiznya ataupun calon bebas untuk turut sama berkempen memandangkan ia tidak memerlukan setiap parti membelanjakan kos yang tinggi bagi pengeluaran bahan kempen.

Bagaimanapun SPR akan terus mengkaji semua langkah pembaikan, termasuk memperuntukkan tempoh kempen yang lebih panjang sekiranya langkah tersebut boleh membawa kebaikan kepada semua pihak dan tidak menimbulkan isu keselamatan dan ketenteraman awam. –KL BOYZ CHANNEL

No Responses to “JAWAPAN SPR TERHADAP 4 TUNTUTAN “BerSHIT”..!!!”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s