Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Pas gila kuasa, Kata Tokoh Pondok

Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa’amah berkata, kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh menentang tindakan Kerajaan Pas Kedah untuk menutup operasi pusat hiburan sepanjang Ramadan nanti secara terang menunjukkan sikap anti-Islam sebenar sekutu Pas itu.

Malangnya, katanya, masih masih mahukan kerjasama dan sekaligus membuktikan

Pas disifatkan gila kuasa apabila masih sanggup bersekongkol dengan DAP yang secara terang dan nyata parti itu menentang matlamat perjuangannya. “Amat menghairankan apabila pemimpin Pas masih rela diperkuda oleh parti itu yang sebenarnya hanya ingin melihat perpecahan dalam kalangan umat Islam bagi membolehkan mereka membentuk kerajaan.

“Orang Melayu kena sedar DAP nak tunjuk kekuatan dia dan kelemahan Melayu. Belum lagi kuasai Putrajaya, sudah tunjuk kekuatan DAP dan kelemahan Pas. Orang Pas tak faham lagi?

“Pas sudah jelas hilang tujuan dan matlamat dalam perjuangannya. Ia sudah kena tipu dan sudah jadi kuda DAP,” katanya.

Beliau diminta mengulas keputusan Kerajaan Pas Kedah yang tunduk kepada bantahan pelbagai pihak, terutama sekutunya DAP apabila memutuskan untuk menimbang semula larangan pusat hiburan di negeri itu daripada beroperasi sepanjang Ramadan nanti.

Pengerusi DAP, Karpal Singh sebelum itu dilaporkan telah memberi kata dua supaya Kerajaan Pas Kedah menarik balik larangan berkenaan yang hendak dikuatkuasakan mengikut Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997.

Mengulas lanjut, Abdullah berkata, umat Islam wajib mengukuhkan perpaduan sesama mereka dan tidak ‘memberi muka’ kepada pakatan pembangkang pada pilihan raya umum akan datang bagi memastikan pemerintahan negara terus diterajui oleh orang Islam untuk menjamin kedudukan agama Islam dan bangsa Melayu.

Beliau turut menyifatkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang termasuk dalam kumpulan orang yang tertipu dengan DAP sehingga tidak dapat memikirkan mudarat yang bakal menimpa negara apabila menyokong demonstrasi jalanan semata-mata untuk berkuasa.

Malah, katanya, Abdul Hadi juga semakin hilang punca dan pertimbangan apabila menolak seruan pendakwah antarabangsa, Sheikh Ahmed Tijani Ben Omar agar umat Islam di negara ini tidak menyelesaikan permasalahan di jalanan.

“Daripada segi hukum syarak berdosa (mencetuskan kekecohan semata-mata untuk berkuasa). Adalah dusta jika menyatakan Islam membenarkan demonstrasi jalanan (bagi mendapatkan kuasa),” katanya.

–KELATEKITO.NET

No Responses to “Pas gila kuasa, Kata Tokoh Pondok”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s