Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

“Kerajaan Kebajikan” Pas Sukar Lulus CF Untuk Rumah Rakyat Miskin

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di bawah pemerintahan parti pembangkang perlu sensitif membantu Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) meluluskan segera sijil layak menduduki (CF) untuk membantu mereka yang kurang berada memiliki rumah.

Malahan hampir 1,000 unit rumah terbengkalai bernilai lebih RM100 juta yang siap dibaik pulih SPNB sejak beberapa tahun lalu, di empat negeri ditadbir pakatan pembangkang tidak dapat diserahkan kepada pembeli kerana kesukaran memperoleh sijil CF.

Daripada jumlah itu, 260 unit membabitkan rumah kos rendah dan mampu milik di Pulau Pinang, Kelantan (214 unit), Kedah (41 unit) dan Selangor (435 unit).

Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata kelambatan mengenainya boleh memberi tekanan kepada mereka terbabit untuk memiliki rumah sendiri.

“Kita memandang berat mengenai kegagalan PBT meluluskan segera CF itu,” katanya.

Sebelum ini Pengarah Urusan SPNB, Datuk Dr Kamarul Rashdan Salleh berkata keadaan itu menyebabkan rumah berharga RM25,000 hingga RM45,000, yang antaranya dibaik pulih dengan kos RM70,000 seunit akibat kerosakan keseluruhan komponen, lewat mendapat CF.

Dr Awang yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan melahirkan rasa dukacita dengan perkembangan itu terutamanya di Kelantan yang sebahagian besar rakyatnya sangat memerlukan rumah.

Beliau berkata dalam tinjauannya ke kawasan itu sebelum ini mendapati setengah daripada mereka terpaksa menduduki rumah usang hasil peninggalan orang tua yang hampir roboh.

Katanya kelambatan proses mengenainya menyebabkan anggota keluarga mereka hidup dalam keadaan semakin terdesak lebih-lebih lagi mereka yang mempunyai keluarga yang ramai.

“Sepatutunya pihak terbabit menaruh simpati dengan keluarga yang sangat memerlukan pertolongan itu sesuai dengan slogan Negara Berkebajikan yang diperjuangkan oleh pemimpin negeri terbabit,” katanya.

–KELATEKITO.NET

No Responses to ““Kerajaan Kebajikan” Pas Sukar Lulus CF Untuk Rumah Rakyat Miskin”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s