Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Hadi Kata Haram “Buat Kacau” Negara Berdaulat

Sudah lama saya perhatikan tindakan Bersih pada 9 Julai lalu yang jelas mengecewakan perjuangan pakatan rakyat ini kerana jumlahnya hanya 5,000 orang berbanding kehangatannya sewaktu 1998 hingga 2000.

Sudahlah merugikan dan memalukan perhimpunan bersih kali ini kerana tidak mendapat suara rakyat sebenar, malah ramai rakan-rakan saya melihatkan ia sebagai bahan ketawa kerana tidak ramai yang menghormati perjuangan bersih itu.

Jika begini, maka sikap pembangkang membuat kacau  di dalam negara adalah satu perbuatan yang haram. Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah berkata pada muktamar Pas 2003 bahawa adalah haram bagi sesiapa yang cuba membuat kacau di negara berdaulat termasuk perbuatan pengganas seperti pengebom berani mati. “Abdul Hadi pernah menyatakan bahawa pengebom berani mati itu boleh bagi negara Islam yang ditindas seperti Palestin kerana ia dibolehkan oleh Islam bagi menunjukkan ketakutan terhadap pihak musuh.

“Ini kerana tanah Palestin telah dirampas oleh Israel dan rejim itu telah melakukan kekejaman terhadap rakyat dan kedaulatan negara Islam itu. Tetapi tidak di negeri berdaulat seperti Indonesia dan Malaysia.

“Ini kerana sistem kedua-dua negara masih berdaulat yang tidak dijajah, aman dan mempunyai sistem pilihan raya untuk rakyat memilih. Maka haram jika mana-mana pihak cuba mengebom mahupun membuat kacau di negara Malaysia dan Indonesia,” kata Abdul Hadi.

Kata-kata ini pernah di laporkan oleh Utusan Malaysia dan Bernama pada 2003 dan saya masih ada petikan artikel itu.

Maka saya ingin memaklumkan kepada pemimpin Pas janganlah kita membuat kacau jika perjuangan kita tidak kena dengan pandangan rakyat seperti Bersih yang ingin membaiki sistem pilihan raya negara.

Sedangkan kita sudah berjaya menguasai Pulau Pinang, Selangor, Kelantan, Kedah dan berjaya mengurangkan kuasa majoriti lawan pada pilihan raya umum 2008.

Perbuatan Bersih benar-benar mencalar kredibiliti pakatan rakyat dan menjadi bahan ketawa rakyat serta ianya haram kerana bersih gagal mencetus revolusi. Alasannya rakyat lebih berminat apakah pakatan pembangkang boleh memberikan khidmat terbaik di negeri-negeri diperintahnya dan bukannya memprovokasi isu-isu kecil.

–KELATEKITO.NET

No Responses to “Hadi Kata Haram “Buat Kacau” Negara Berdaulat”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s